Header Ads

ads header

Flash News

Darurat politik langkah berlebihan, berbahaya kepada demokrasi


PETALING JAYA:
Bersih 2.0 berpendapat darurat politik yang dikatakan akan diisytiharkan pada bila-bila masa sebagai langkah berlebihan dan berbahaya kepada demokrasi negara.

Dalam kenyataan hari ini, badan itu berkata sekiranya perintah darurat membabitkan penggantungan Parlimen dan kebebasan awam, maka ia sama seperti rampasan kuasa sendiri oleh kerajaan Muhyiddin Yassin untuk kekal berkuasa.

“Perintah darurat membenarkan kerajaan lantikan Agong untuk membuat ordinan yang akan mempunyai kuasa dan kesan sama seperti akta oleh Parlimen, dan ia akan berkuatkuasa sepenuhnya sehingga ditarik balik atau dibatalkan serta ordinan tersebut tidak boleh dicabar di mahkamah.

“Darurat juga akan memberikan kerajaan persekutuan kuasa untuk melanggar bidang kuasa kerajaan negeri,” katanya.

Bersih 2.0 beranggapan, jika tujuan darurat untuk mengekang penularan Covid-19, perintah kawalan pergerakan bersasar yang dilaksanakan ketika ini sudah mencukupi.

“Akta 342 atau Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 mempunyai peruntukan mencukupi bagi menyediakan langkah pencegahan penyebaran Covid-19 termasuk kuasa untuk membuat peraturan, kawalan pergerakan orang ramai dan menggerakkan pasukan bersenjata sebagaimana yang kita lihat sebelum ini,” katanya.

Katanya, tujuan utama Muhyiddin menasihati Agong untuk mengisytiharkan darurat sudah tentu disebabkan motif politik susulan langkah terbaharu Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim untuk menggulingkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Justeru, Bersih 2.0 mendesak semua ahli politik mengetepikan perbezaan dan bekerjasama untuk tidak menentang kerajaan PN dalam undi percaya atau berkenaan isu perbekalan.

“Ini bagi memastikan bantuan belanjawan Covid-19 yang akan dibentangkan bulan depan akan diluluskan dan mengekalkan kestabilan dalam Parlimen,” katanya.

Muhyiddin dipercayai menghadap Agong dalam usaha untuk mengisytiharkan darurat berikutan situasi semasa Covid-19.

Kenderaan membawa perdana menteri dilihat meninggalkan Istana Abdulaziz, Kuantan pada 7.10 malam selepas berada di situ selama lebih 2 jam.

Terdahulu, beliau tiba di pekarangan istana pada 4.40 petang tadi.

Turut serta Panglima Angkatan Tentera Affendi Buang.

Pagi tadi, Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Perdana Putra, Putrajaya dipercayai bagi membincangkan isu semasa.

   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. nak demokrasi dah diberi dan nak mandat secara demokrasi dah diberi, hak demokrasi yang diberi tidak digunakan sebaik mungkin, sebaliknya meruntuh kerajaan sendiri angkara perebutan kuasa sesama sendiri kononnya nak dipraktik secara demokrasi, agong yang berusaha melantik kerajaan secara demokrasi dengan mentemubuka setiap ahli parlimen pun zecara demokrasi pun dihina kononnya kerajaan pintu balakang, govermant royal coup, kerajaan tebuk atap sebagainya itu pun engkar sama2 tak nak membantu memulihkan negara, akibatnya sekarang negara kucar-kacir, ekonomi negara tahap rendah akibat dari kelembaban ekonomi dunia kerana covid, rakyat berada dalam kesempitan, covid dulu agak stabil sekarang mengancam, itu pun tak juga lagi sedar2, demokrasi ala apa lagi yang hendak dicakapkan ni

    dahrurat tak secara total bole dilaksanakan dengan urusan seperti biasa seperti pejabat awan dan swasta, banking dan sebagainya, dengan amaran keras TIADA SEBARASNG KEGIATAN POLITIK DAN PERHIMPUNAN SEMASA SEPARA DHARURAT DILAKSANAKAN, TIADA KOMPROMI DALAM HAL KESELAMATAN NEGARA TERMASUK HAL COVID DAN EKONOMI NEGARA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masalahnya sekarang bukan masalah demokrasi tapi lebih kepada cara pentadbiran Muhyidin yg sama lemah dgn Mahathir.. dulu Mahathir dilihat lemah kerana kononnya gagal mengawal DAP dan mempunyai menteri2 yg kurang cerdik.. situasi sama dihadapi Muhyidin.. Muhyidin gagal mengawal PAS sehingga menterinya yg jelas melanggar undang2 pun dipertahankan.. Muhyidin juga tidak berani membuat sidang media terbuka.. Muhyidin pun mempunyai menteri2 yg tidak kurang kurang cerdiknya.. Azam Baba.. Syabery chik yg boleh ketawa ketika negara berhadapan dgn kematian saban hari alibat covid19... menteri kesihatan Jidin yg mebiarkan anak2 sekolah terdedah pada covid19.. menteri kewangan yg sentiasa cuba mengenakan kerajaan PH dulu.. Jemin menteri perdagangan dan industry yg gagal berfungsi diporfolionya sejak dari zaman PH.. takkan itu pun penykong2 PN tak sedar diri lagi.. Khairudin yg mempermainkan undang2.. jadi kalau dah level sama je dgn PH baik dibubarkan.. bagus bentuk yg baru.. dan disinilah bermulalah masalah.. dulu Bersatu dan sebahagian PKR berpaling tadah dan mengadap Agong utk mempersembahkan.. Agong perkenan dan melantik PM baru kerana kerajaan PH diyakini tidak cukup sokongan dalam masa seminggu.. tapi kini Anwar cuba melakukan perkara sama setelah terbukti PN tidak cukup sokongan tapi agak menghairankan apabila ruang dan masa diberikan oleh YDPA utk PN berbincang dan mengembalikan sokongan yg mana PH dulu tidak pernah diberi peluang sedemikian.. atas dasar itulah YDPA dan majlis raja dipersoalkan kerana jelas bias pada kelompok PN.. inilah yg membahayakan sistem demokrasi kerana dilihat jelas YDPA cuba berpolitik dan tidak mengambil jalan tgh yg adil dan menang2 utk semua pihak.. jgn ingat bila darurat akan selesai masalah.. kene ingat yg bergaduh dalam PN tu antara melayu dgn melayu.. takkan ada kesudahan kalau keadilan tidak diberikan.. mungkin ketika darurat mereka dipaksa didiamkan tapi bila abis darurat maka mereka akan meletup kembali dan mungkin dendam akan bertambah parah..

      Padam
    2. Selagi keling dan mata sepet tak memerintah buntut mereka akan panas dan mengelupur macam mamat ni. Kalau mereka di perancis atau amerika sangguplah jilat dubur om putih walaupun darurat diisytihar.

      Padam
  2. Kayu pengukur apa yg kau kata muhydin lemah?

    BalasPadam