Header Ads

ads header

Flash News

Cuci Duit Adalah Financial Dan Economics Industry Bawah Tanah..


Masa aku kanak-kanak, aku hairan melihat ada kedai-kedai yang orang tak masuk tapi survive dan pemiliknya hidup mewah. Survive sampai hari ini. Ada kedai aku lihat hari-hari penuh orang dan owner dia pun nampak struggle, tapi tak mewah.

Bila aku tanya mak aku, mak aku jawab,

“Itu kedai cuci duit je..”

Setelah aku dewasa, terlibat dengan real business. Ramai kawan-kawan. Baru aku faham apa maksud cuci duit yang sebenar. Bagaimana cuci duit itu dilakukan. Apa menyebabkan orang cuci duit. Siapa yang cuci duit. Semua itu sudah terjawab.

Apa itu cuci duit?

Cuci duit itu bermaksud duit-duit yang datang dari aktiviti haram dan jenayah seperti :
1. Dadah.
2. Pelacuran.
3. Judi haram haram.
4. Scam.
5. Skim ponzi.
6. Duit rasuah dan cashout haram.
7. Ahlong.
8. Perompak.

Dikatakan ekonomi bawah tanah ini berjumlah hampir RM100 billion nilai sebenarnya. Ada yang kata mungkin lebih lagi. Masakan tidak, yang tertangkap mungkin 5% sahaja. Yang tertangkap tu, bukan semua kau dapat kutip kan? Mungkin sebahagian sahaja.

Yang menjadikan ia lebih “tempting” adalah ia dijalankan secara cash. Sebab itu apabila tangkapan dibuat, biasanya mereka akan menemui cash yang banyak. Cash RM200 ribu di rumah menteri. Cash berjuta di rumah KSU, ketua pengarah. Yang lebih mengecewakan penjawat awam bahagian enforcement juga ada yang terlibat menjadi balaci atau duri dalam daging aktiviti tersebut.

Jadi duit haram yang banyak-banyak tadi itu bagaimana nak dijadikan halal. Bagaimana nak pindahkan ekonomi gelap ini masuk ke ekonomi sebenar? Itulah diperlukan titian mencuci duit untuk dikembalikan kepada ekonomi sebenar.

Duit haram tadi perlulah dilaburkan dalam business sebenar. Kemudian diagihkan kembali kepada pemilik sebenar duit tersebut. Disebabkan ia duit haram, apa diorang kisah kan untuk rugi. Yang tukang cuci dapatlah sebahagian dari duit itu sebagai fi.

Kawan aku seorang pengusaha ikan air tawar yang punya banyak kolam di Langat. Mungkin satu-satunya Melayu yang berniaga betul-betul, itupun akhirnya dia slow down. Dia cerita kolam-kolam yang ada di Langat itu semuanya milik kaum Cina.

Pernah satu hari katanya, seorang pengusaha Cina datang menemuinya dan bagitahu tak payahlah teruskan ternak ikan ni. Ini semua cuci duit punya business. Funder dia sanggup buang harga punya. Kalau harga pasaran borong ikan RM7, diorang sanggup jual RM3 saja.

Sahabat aku, Nik Izwan Kamel pernah buka kedai potong halfcut. Menurut kira-kiranya, dia boleh jadi kaya dan berjaya dengan membuka kedai potong. Kononnya nak penetrate industri yang dikuasai oleh bangsa Cina. Dia juga dinasihati oleh kawan-kawan Cina yang buat halfcut supaya berhenti sebelum terduduk kerana game bisnes ini dikawal oleh gang cuci duit dan ia tidak bersih. Mereka boleh buang harga sampai lantai katanya. Akhirnya kedai terpaksa ditutup setelah kedai dirompak di pagi raya.

Sahabat aku seorang graduan ekonomi pernah bercerita kepada aku yang pensyarah dia pernah kata, ekonomi bawah tanah ni ada kebaikan juga. Sebagai contoh, siapa nak beli barang-barang dalam butik-butik mewah tu? Jam-jam tangan mahal? Kereta mewah? Kalau bukan puak-puak tersebut? Easy money, easy spending.

Dalam masa yang sama kumpulan mencuci duit ini juga boleh merosakkan eknomi rakyat dengan aktiviti membuang harga atau business macam taknak buat untung. Mereka yang nak berniaga betul-betul pun jadi pening macam mana diorang boleh bagi harga macam tu, berniaga macam tu.
Korang mesti tertanya kenapa artis-artis ramai terlibat dengan gang cuci duit ni? Ini namanya sumpah syaitan dan jin kata Si Tua Teratas. Katanya,

“Wang jin harusnya dimakan oleh setan..”

Mereka sama-sama punya perangai yang sama. Suka berparti, suka tunjuk kaya, suka tunjuk hebat, konon pandai berniaga. Walhal mereka hanyalah agent cuci duit sahaja. Wang dari jin, setan tolong makan. Kalau kau check wall IG artis-artis tunjuk kaya ni, kau akan jumpa dia berkawan dengan scammer-scammer lagenda ni. Untuk apa dia kawan? Business? 😜

Jadi korang jangan percaya sangat kalau tengok orang baru meniaga tiba-tiba boleh ada 21 cawangan kedai tinted, artis sembang sales sebulan 5 juta, nak buka 100 cawangan. Itu ini, bla bla bla. Korang kena letak red alert dah.

Dalam masa yang sama, kalau korang nak berniaga, janganlah termasuk dalam industri yang gang cuci duit ni berleluasa di dalamnya. Jangan, kau nak fight dengan orang yang bisnes tak kisah untung rugi ni memang payah. Kebarangkalian kau mampus adalah tinggi.

Ekonomi gelap ini wujud sebab ada supply dan demand. Kalau korang semua tak pinjam ahlong, tak main perempuan, tak main kuda, takdala duit untuk nak dicuci. Ekonomi mereka akan runtuh sendiri. Ada anggota penguatkuasa juga yang menjadi talibarut menyebabkan mereka menjadi gagah dan berani. Jangan pelik kenapa SPRM yang menangkap kes Macau Scam, bukan PDRM.

Kita semua ada kesedaran dan tau tentang aktiviti ini. Cuma bukan kerja kitalah nak siasat. Kalau boleh elak, elaklah. Apa yang boleh buat, kita boleh SCRUT company tu dulu dekat Interepo, www.interepo.com kalau rasa macam ada yang tak kena.

Ini cerita pasal cuci duit, ada juga cerita pasal cuci dosa! Boleh juga cuci atas nama derma politik..
MR : Orang politik cuci tangan bila buat silap!   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com


Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.



1 ulasan:

  1. Udah-udah la libatkan diri dengan benda-benda haram mcm ni ...nmpak memang sedap la , byk duit depan mata tapi semua tu duit haram bro...mgkin korang boleh selamat kat dunia ni , kat akhirat belum tahu lagik..dan yakini lah , akhirat tu nnt adalah sebenar-sebenar kehidupan...hidup skrg ni , matrix je bro....

    BalasPadam