Header Ads

ads header

Flash News

Bila lihat gambar ini, Nampaknya Anwar boleh tutup buku pasal 120 MP


Pemimpin-pemimpin UMNO terdiri dari Presiden UMNO DS Ahmad Zahid Hamidi, SUA UMNO DS Ahmad Maslan dan Ketua Pemuda UMNO Dato' Dr Asyraf Wajdi Dusuki telah datang berkunjung, berjumpa dan berbincang dengan Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS sebentar tadi, bagaimana nak memperkasakan MN.

Antara kata-kata TGHA kepada rombongan UMNO ialah: “UMNO dan PAS adalah TUNJANG KEKUATAN orang Melayu dan Islam. Kita kena pastikan tunjang ini terus diperkuatkan demi rakyat dan Ummah!”

----

SHAH ALAM - UMNO dan Pas terus kekal muafakat walaupun apa jua tohmahan dan fitnah yang cuba dilontarkan untuk menggagalkannya.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, komitmen itu disuarakan dalam pertemuan antara pimpinan tertinggi kedua-dua parti itu.

Katanya, beliau mengiringi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertemu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Alhamdulillah pertemuan yang berlangsung selama hampir dua jam penuh dengan semangat ukhuwah dan mahabbah.

"Kedua-dua pimpinan tertinggi ini turut berkongsi citra dan semangat untuk terus memastikan Muafakat UMNO-Pas dipertahan dan diperkasakan," katanya menerusi hantaran terbaharu di Facebook beliau sebentar tadi.

Beliau berkata, dalam pertemuan itu, Abdul Hadi turut menyuarakan harapan beliau terhadap gagasan kerjasama yang dibentuk bersama UMNO itu.

"Antara kata-kata Tuan Guru yang begitu membekas di jiwa saya, 'UMNO dan Pas adalah tunjang kekuatan orang Melayu dan Islam. Kita kena pastikan tunjang ini terus diperkuatkan demi rakyat dan Ummah!'," katanya.

Hantaran itu turut disertakan sekeping gambar pertemuan berkenaan yang turut disertai Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan di mana perjumpaan itu diadakan.

UMNO sebelum ini terpalit kontroversi apabila ada pimpinan parti itu mengeluarkan kenyataan UMNO bersedia memberi kerjasama kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baharu.

#Sumber :  FB  & SH

MR :  MN nadi Melayu Islam, PN adalah tongak keadilan untuk rakyat semasa rakyat mencari satu petadbiran yang baik dan telus  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. Alhamdulillah..terbaikkkk MN..
    Allah taala bersama kalian..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.Biar gambar berbicara.Pasti Syaitan menangis kerana mengharapkan sebaliknya.Semoga Allah memberkati dan mengampun dosa kita semua.

    BalasPadam
  3. MN sangat diterima baik diperingkat akar umbi.

    Ianya KUNCI kejayaan. Ramai yang mahu melihat kerajaan MN nanti dapat menggubal dasar2 yang lebih baik dari sekarang.

    BalasPadam
  4. UMNO dah mula jadi Islamik , jadi mereka yang totok agama dalam UMNO jadi cacing kepanasan.

    BalasPadam
  5. Geng2 pandapigs jadi cacing kepanasan, meroyan bagai dirasuk puaka. Bergelumang dgn najis nak Cari jalan menghancurkan kesatuan ummah.

    BalasPadam