Header Ads

ads header

Flash News

Bersatu masih dalam Muafakat Nasional, kata Annuar Musa


Muafakat Nasional (MN) tidak pernah mengenepikan penyertaan Bersatu dalam usaha untuk mendaftarkan gabungan berkenaan secara rasmi dengan jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

Setiausaha Agung MN I Annuar Musa meminta semua pihak tidak mudah membuat andaian berhubung keputusan yang dibuat Umno dan PAS dalam mendaftarkan gabungan itu secara rasmi.

“Tidak benar. Jangan mudah membuat andaian,” katanya dalam Twitter, merujuk kepada artikel sebuah portal berita yang mendakwa Bersatu diketepikan dalam cadangan pendaftaran MN itu.

Dalam satu kenyataan semalam, Annuar dan Setiausaha Agung MN II Takiyuddin Hassan memaklumkan kepemimpinan Umno dan PAS bersetuju mendaftarkan gabungan itu secara rasmi dengan RoS.

Menurut kenyataan itu, kepemimpinan MN sudah bersepakat secara bersama serta memberi komitmen untuk terus memperkukuhkan perpaduan dan kerjasama antara parti sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyebut apa-apa tentang Bersatu yang menyertai MN Ogos lalu.

Ogos lalu, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin memaklumkan Majlis Tertinggi Bersatu membuat keputusan bersetuju untuk menyertai MN.

Cadangan untuk menjadikan MN sebagai gabungan rasmi yang didaftarkan dengan RoS sebelum ini diputuskan oleh biro politik Umno, dalam usaha mempersiapkan parti itu mendepani PRU akan datang.

Difahamkan, rancangan menjadikan MN sebagai organisasi rasmi politik membolehkan tiga parti yang menerajui kerajaan ketika ini, Umno, Bersatu dan PAS mewakili gabungan parti masing-masing dalam membuat keputusan penting termasuk soal agihan kerusi dan jawatan dalam kerajaan.

#Sumber : https://www.malaysianow.com 
  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan: