Header Ads

ads header

Flash News

Anwar belum beri apa-apa arahan


SHAH ALAM -
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim belum mengeluarkan arahan tertentu kepada pimpinan parti sebagai persediaan menjelang pertemuan beliau dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa ini.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil sebaliknya berkata, Anwar hanya meminta kesemua pemimpin dan ahli parti untuk terus bertenang sehingga tibanya tarikh tersebut.

“Buat masa ini, belum ada apa-apa arahan atau mesyuarat berhubung dengan sembah menghadap Seri Paduka oleh Anwar pada hari Selasa ini.

“Kami malahan tidak dimaklumkan lagi jam berapa ia akan dilakukan. Sekiranya ada keperluan, satu mesyuarat akan diadakan tapi buat ini masa tiada apa-apa lagi. Kita rileks sahaja.

"Cuma, beliau (Anwar) minta semua anggota parti supaya bertenang, berdoa dan fokus kepada isu keselamatan khususnya berkaitan dengan Covid-19 (koronavirus),” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada Anwar memberi arahan tertentu seperti menyediakan baju rasmi untuk dipakai ke Istana Negara sebagai persediaan menghadiri majlis angkat sumpah Perdana Menteri Kesembilan.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, Anwar turut memberi penekanan kepada pemimpin parti khususnya ahli Parlimen untuk menjaga kawasan masing-masing.

Katanya, fokus dan tumpuan penuh seharusnya diberikan terhadap usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak tersebut.

"Saya sendiri sebagai contoh akan memberi perhatian kepada isu Covid-29 di Lembah Pantai (kerana) ada satu kluster (dikenal pasti), selain kes di Sekolah Kebangsaan Bangsar dan kawasan yang lain dipercayai berlakunya jangkitan. Itulah yang saya sedang beri fokus (ketika ini)," katanya.

Sementara itu, respon sama turut diberikan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid.

Abdullah Sani yang juga Ahli Parlimen Kapar berkata, ketika ini, beliau dan rakan dalam pimpinan parti belum mendapat arahan berhubung persiapan menjelang pertemuan penting itu.

"Tidak ada. Kita tidak dapat arahan (setakat ini). Pertemuan pun lambat lagi, Selasa minggu depan.

"Jadi, kita tunggu pertemuan (Anwar dengan Al-Sultan Abdullah) dulu," katanya.

Pada 23 September lalu, Anwar memaklumkan sudah mendapat perkenan untuk menghadap Al-Sultan Abdullah, namun terpaksa ditangguhkan kerana Seri Paduka menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

Kemudian, pada 8 Oktober lalu, beliau sekali lagi mengesahkan akan menghadap Seri Paduka Baginda pada 13 Oktober ini.

Dipercayai tujuan Ahli Parlimen Port Dickson itu mahu menghadap Seri Paduka Baginda adalah kerana beliau dikatakan sudah mempunyai sokongan yang kuat untuk membentuk satu gabungan bagi menubuhkan kerajaan baharu.

#Sumber : SH   

   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Aku Tak terkejut kalau selepas berjumpa dgn Agong dia Akan dihantar ke Tanjung Rambutan

    BalasPadam
  2. Dia meminta AP² menjaga kwsan masing² (kwsan dia sendiri, Port Dickson, dia jaga tak?), seolah² dialah Perdana Menteri sekarang ini.

    BalasPadam
  3. Sudah sudahlah di waktu covid19..kesian rakyat menderita..usalah berpolitik terus tumpukan pada negara kini yg sedang melanda covid19 ni..kami tolak DSAI untuk jadi Pm kami sebab dia seorang yg mementingkan kuasa dan dirinye sendri..kmi sokong ABAH kami

    BalasPadam