Header Ads

ads header

Flash News

22 bulan rakyat terseksa, Pejuang cadang beri kepada Mahathir jadi PM sementara sebelum PRU-15


Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hari ini telah mencalonkan pengerusi mereka Dr Mahathir Mohamad untuk perdana menteri kali ketiga sehingga PRU15.

Menurut parti serpihan Bersatu itu, ia adalah untuk menyelamatkan negara sementara menunggu pilihan raya akan datang, kata setiausaha politik Mahathir Abu Bakar Yahya.

"Kami ahli jawatan kuasa penaja parti Pejuang telah pun memutuskan dengan sebulat suara bahawa Tun M sebagai calon perdana menteri bagi menggantikan perdana menteri yang ada sementara menunggu pilihan raya umum ke-15 jika negara mahu diselamatkan," kata Abu Bakar dalam hantaran Facebook.

Tambahnya, keputusan tersebut turut dipersetujui anak Mahathir, Mukhriz yang juga presiden parti Pejuang.

Untuk rekod, parti Pejuang masih menunggu pendaftaran daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Kenyataan itu hadir ketika politik negara terus dalam keadaan tidak menentu, dengan presiden PKR Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai sokongan ahli parlimen yang cukup untuk membentuk kerajaan.

Lima Ahli Parlimen Pejuang termasuk Mahathir telah mengemukakan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin sebelum ini.

Pejuang kini tidak menyertai mana-mana sekutu tetapi ada spekulasi yang belum disahkan bahawa Mahathir mungkin akan bekerjasama dengan bekas pesaingnya, veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Mahathir kembali memegang jawatan perdana menteri pada 2018, sebelum mengundurkan diri pada Februari setelah Muhyiddin Yassin mengumum Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan.

Tawarannya untuk dilantik kembali sebagai ketua kerajaan perpaduan gagal, begitu juga usaha untuk meyakinkan PKR dan Anwar untuk menyokongnya untuk sementara waktu sebagai perdana menteri sehingga November.

Mahathir kemudian menyokong presiden Warisan Shafie Apdal sebagai perdana menteri, tetapi rancangan tersebut turut tidak membawa sebarang hasil.

MR :  Tiba-tiba negara tak ada duit, gaji kakitangan kena potong  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


10 ulasan:

  1. Tuduh umno tamak kuasa.
    Tuduh pemimpin umno tamak kuasa.

    Dia tawarkan diri jd pm.
    KAH KAH KAH

    BalasPadam
  2. MANIFESTO BKN KITAB SUCI TAK SANGGUP TINGGALKAN DUNIA TANPA KUASA.

    BalasPadam
  3. Tugas pertama jd pm ketiga kali dakwa semua pemimpin umno kecuali tali barutnya?
    Menyesal letak jawatan pm. 22bln terseksa bawah ph. Ni nak seksa lagi rakyat.
    Kalau anwar melalak annuar hisham dan kj? Cer rakyat/wartawan tanya pendpt annuar hisham dan kj pulak mahathir sebagai calun pm.

    BalasPadam
  4. Kalau PKR calonkan Anwar dia cakap gila kuasa.. kalau Bersatu calonkan Muhyidin dia cakap penipu.. kalau UMNO calonkan Zahid dia cakap ada kes rasuah.. dia je yg betul.. die je yg pandai.. parti dia ade 6 kerusi ade hati lagi nak kawal semua.. kalau YDPA lantik ko pun rakyat dah tak suka.. jgn kata PN je tak suka.. PH pun dah menyampah.. perangai ko tu byk yg kene repair dulu.. makin tua makin buruk perangai...

    BalasPadam
  5. Nanti letak jawatan lagi selepas didesak Anwar. Ulang tayang.

    BalasPadam
  6. Pilih jadi barua Pas boleh lah kerana semua di sana di tolongnyavdgn Rm 500 juta.

    BalasPadam
  7. Mabuk ketum betul la pujawang nih.....

    BalasPadam
  8. Inilah yang di panggil kebodohan tahap gila, kalau ia pun angkat salah seorang dari pada 5 anggota parti, tak payah orang tua tamak dan gila kuasa tu

    BalasPadam
  9. Kenyataan Syok sendiri oleh Pejuang.

    BalasPadam