Satu lagi tuduhan serangan seksual hantui Trump
WASHINGTON: Seorang bekas model mendakwa Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, meraba dan menciumnya secara paksa sekitar 1997.
Ini adalah tuduhan seksual terbaru ke atas penyandang jawatan presiden dari parti Republikan itu, hanya beberapa minggu sebelum pemilihan presiden diadakan.
Amy Dorris memberitahu The Guardian Britain bahawa Trump menyerangnya secara seksual di suite kenamaan miliknya ketika Kejohanan Tenis Terbuka AS di New York, namun dakwaannya itu dinafikan Trump menerusi peguamnya.
"Dia cuba bercumbu dengan saya dan saya menolaknya, ketika itulah genggamannya menjadi lebih erat dan tangannya meraba kemaluan, payudara, punggung dan seluruh tubuh saya.
"Saya berada dalam cengkamannya dan tidak dapat melepaskan diri," katanya dalam satu temu bual.
Dorris ketika itu berusia 24 tahun manakala Trump berusia 51 tahun dan berkahwin dengan isteri keduanya, Marla Maples.
Mangsa turut memberikan The Guardian beberapa gambar yang menunjukkan kehadirannya di syarikat Trump dan beberapa individu mengesahkan dakwaannya serta mengakui mangsa ada memberitahu mereka mengenai kejadian itu.
Katanya, dia meminta Trump menghentikan perbuatannya tetapi tidak dipedulikan dan mengakui rasa dizalimi.
Ditanya mengapa dia terus berada di sisi Trump pada hari-hari berikutnya, Dorris berkata trauma akibat perbuatan Trump membuatkannya bungkam.
Bagaimanapun, peguam Trump memberitahu akhbar bahawa versi kejadian itu tidak boleh dipercayai dan mungkin terdapat saksi lain sekiranya dia benar-benar diserang.
Sebaliknya, dakwaan itu mungkin bermotifkan politik kerana dibangkitkan ketika hanya tinggal beberapa minggu sebelum Trump berdepan Joe Biden dalam pemilihan 3 November ini.
Dorris yang kini berusia 48 tahun, berkata dia mengambil keputusan tampil untuk menjadi teladan kepada anak perempuan kembar yang sudah remaja.
Dia pertama kali menceritakan kisahnya kepada The Guardian lebih dari setahun lalu tetapi meminta akhbar itu supaya tidak menerbitkannya, namun kini menegaskan sudah muak kerana Trump sering terlepas.
Trump
menghadapi lebih 12 tuduhan salah laku seksual termasuk dakwaan seorang
kolumnis terkenal AS, E Jean Carroll, bahawa dia diperkosa di bilik
persalinan di gedung serbaneka sekitar pertengahan 1990-an.
MR : Macam ketua parti pembangkang salah laku yang menghantui
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan