Header Ads

ads header

Flash News

Menteri pertahanan China jumpa Muhyiddin bincang hubungan 2 hala


PETALING JAYA:
Menteri Pertahanan China, Wei Fenghe menemui Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin di Kuala Lumpur pada Isnin lalu untuk membincangkan kerjasama 2 hala antara kedua-dua negara.

Muhyiddin dipetik agensi berita China, Xinhua sebagai berkata, Malaysia sedia memperkukuhkan hubungannya dengan Beijing dalam semua bidang, termasuk pertahanan, perdagangan dan pendidikan.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada China atas kejayaannya menangani penularan Covid-19 dan Malaysia menjadi antara negara pertama yang berjaya mengawal pandemik itu atas sokongan Beijing.

Wei berkata, kedua-dua negara saling membantu ketika penularan Covid-19 sambil menekankan pemulihan ekonomi dan sosial dengan memperkukuhkan kerjasama mereka.

Katanya, mengekalkan kestabilan Laut China Selatan ialah tanggungjawab bersama kedua-dua negara dan Beijing sedia bekerjasama dengan negara lain di Asia Tenggara untuk melindungi keamanan di rantau itu.

Xinhua melaporkan Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob turut mengadakan pertemuan berasingan dengan Wei untuk membincangkan hal antarabangsa dan serantau, termasuk isu Laut China Selatan.

#Sumber : FMT   

MR :  Gambar santai pun dia tegak dan berdisiplin  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Ni kalau menteri PH yg buat ni meroyan sampai terberak2 cirit geng2 PN ni.. hahaha.. PN buat semuanya okay.. semuanya suci bersih dan diredhai.. siap nak buat lawak kata menteri china berdiri tegak.. hahaha.. mesti geng2 PN kecut telur nak komen kat sini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. @ AWANAMA
      9 September 2020 7:24 PTG

      Komen bangang. Orang Islam berbaik kepada sesiapa pun yang baik. Kepada yg tak baik tetap akan tentang. Tun abdul razak dan najib razak banyak berusaha untuk jalinkan hubungan baik dengan negara cina untuk menafaat bersama. Ini usaha baik dan murni. Bukan macam penyokong ph yang hentam sajalah.

      Padam