Header Ads

ads header

Flash News

Kerajaan PN Johor di ambang gerhana


KERUSI Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas kini menjadi kerusi paling panas di Johor dan Malaysia ketika ini. Semuanya gara-gara tindakan ‘berani’ pemilik kerusi tersebut, Datuk Osman Sapian daripada parti Bersatu yang dilihat membelakangkan parti dengan logo bunga itu.

Dikenali sebagai seorang ahli politik veteran yang lantang di Johor, kemuncak kepada tindakan Osman itu adalah apabila beliau pada minggu lalu turun berkempen pada pilihan raya kecil Slim.

Berbeza dengan pemimpin Bersatu lain yang berkampung di Perak untuk menyokong calon BN, tetapi Osman memilih membantu calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang ditaja oleh parti baharu Tun Mahathir Mohamad iaitu Pejuang.

Hampir pasti, Osman yang juga bekas Menteri Besar Johor perlu menerima ‘hukuman’ daripada tindakannya, namun hukuman tersebut masalahnya bakal membawa natijah yang sangat besar kepada politik Johor.

Ini kerana dengan kerajaan negeri Johor di bawah Perikatan Nasional (PN) hanya dibezakan dengan dua kerusi, 29 (PN) dan 27 Pakatan Harapan (PH), maka hukuman yang dikenakan ke atas Osman bakal menggoncang kerajaan negeri itu.

Semalam, tersebar laporan sebuah portal berita kononnya Osman sudah dipecat daripada Bersatu.

Bagaimanapun, Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas memaklumkan Lembaga Disiplin Bersatu masih belum membuat keputusan berhubung status keahlian Osman dan bakal memanggil pemimpin tersebut dalam masa terdekat.

Jika benar Osman disingkirkan atau sekiranya Osman sendiri nekad untuk meninggalkan Bersatu, maka tidak mustahil kerajaan negeri Johor di bawah PN boleh tumbang apabila sidang DUN Johor akan tergantung selepas bilangan kerusi PN 28, sama dengan pembangkang PH 28.

Mengulas kemelut di Johor yang sudah bertukar tiga orang Menteri Besar sejak 28 bulan lalu, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulun Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Dr Md Akbal Abdullah berkata, banyak perkara perlu dilihat dan dinilai sebelum DUN Johor terbubar.

Katanya, kewujudan ADUN Bebas juga perlu dilihat dari segi sokongan sama ada kepada kerajaan atau pembangkang.

“Seandainya jumlah kerusi itu sama iaitu PH dan PN masing-masing ada 28 kerusi, Menteri Besar Johor boleh memberi nasihat kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagi membubarkan DUN dan bergantung kepada perkenan Sultan Ibrahim,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Jarang berlaku

Beliau turut berpandangan Johor memerlukan kerajaan negeri yang mantap dan kuat dalam melaksanakan dasar serta membuat keputusan bagi mampu menarik para pelabur.

“Saya melihat untuk kekal kompetitif, kerajaan negeri boleh lakukan. Cuma dari segi kekuatan kerajaan melaksanakan dasar terutama tarik pelabur, semua itu bergantung kepada kekuatan kerajaan.

“Kelebihan tipis satu atau dua kerusi di DUN sememangnya membimbangkan. Keadaan begini berkemungkinan menjadikan kerajaan negeri tidak lama,” katanya.

Sementara itu, pakar perlembagaan, Muhammad Fathi Yusof berkata, isu yang berlaku di Johor sekarang amat menarik untuk diperhatikan kerana amat jarang jumlah ADUN antara kerajaan dan pembangkang adalah sama.

Katanya, kerajaan negeri sedia ada boleh kekal menjadi pemerintah selagi tiada undi tidak percaya berlaku dan telah terbukti Menteri Besar hilang sokongan majoriti.

“Selain itu, sekiranya ada ADUN lagi yang mengumumkan tidak lagi menyokong kerajaan negeri, maka secara automatik Menteri Besar hilang sokongan dalam DUN dan kerajaan negeri boleh bertukar,” katanya.

Selain itu, Muhammad Fathi menjelaskan, dalam keadaan jumlah DUN yang sama iaitu 28-28, Menteri Besar juga boleh mengambil jalan dengan menasihati Sultan Johor untuk membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan.

“Dalam situasi jumlah DUN yang terikat, Menteri Besar masih sah dan boleh bertahan. Cuma kelemahannya nanti ialah kerajaan negeri tidak mampu untuk meluluskan usul atau enakmen. Jika mahu meluluskan usul atau enakmen, kerajaan perlukan sokongan 29 ADUN,” katanya.

Bubar DUNDalam pada itu, ADUN Kota Iskandar daripada parti Amanah, Dzulkefly Ahmad mengungkap satu peribahasa buat Osman ketika ditanya mengenai kemelut di Johor sekarang, ‘alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan’.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor berkata, tindakan Osman menyokong calon Bebas pada PRK DUN Slim baru-baru ini telah memperlihatkan sokongannya bukan kepada PN sebaliknya kepada parti baharu diterajui Dr Mahathir.

Dzulkefly menyifatkan tindakan Osman menyokong calon bebas itu sebagai bersifat peribadi, namun pada kebiasaannya tindakan seumpama itu akan dikenakan tindakan disiplin termasuk diberi amaran keras atau dipecat.

“Apa-apa pun bergantung kepada beliau (Osman) untuk menyatakan sokonganya. Namun jika beliau sokong PH, kerusi DUN sama iaitu 28-28.

“Sultan Johor, Sultan Ibrahim sebelum ini memberi amaran kepada wakil rakyat Johor, baginda akan membubarkan DUN Johor jika masih berlaku perebutan kuasa. Pada pandangan saya, itu yang terbaik, serahkan kembali kuasa kepada rakyat,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Samsolbari Jamali ketika ditanya mengenai desas-desus bakal wujud ADUN Bebas dan kemungkinan DUN Johor dibubarkan pada sidang DUN Khamis ini, beliau berkata, ia hanya khabar angin politik.

Katanya, seperti yang dikhabarkan tiada pemecatan berlaku ke atas Osman dan sidang DUN Johor pada 10 dan 11 September ini akan berlangsung seperti biasa.

“Tunggu sahaja, kita (PN) tiada apa-apa, sidang DUN pun kita bersedia macam biasa,” kata ADUN Semarang yang mewakili UMNO-BN itu.

#Sumber : SH   

MR : PRN pilihan terbaik   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. Lebih senang bubarkan dewan negeri dan buat prn. Bila pru15 nanti tak perlu buat prn lagi. Apa2 pun duit kerajaan tetap terpakai lah.

    BalasPadam
  2. Bubarkan DUN Johor dan adakan PRN supaya PN boleh menubuhkan kerajaan PN Johor yang kukuh dan kuat dan memberi pukulan KO kepada Pee H dalam PRN dan menyingkirkan pengkhianat kepada PN.

    BalasPadam
  3. ya jika tiada keputusan prk terpaksa diadakan, kepada pengundi johor buat pengundian yang terbaik, jadikan pru14 sebagai teladan tersilap pangkah membawa implikasi yang sangat buruk negara, islam, bangsa melayu khasnya dan perbagai masalah yang berlaku termasuk terutama pelancung dari cina, martabat bahasa melayu.

    BalasPadam
  4. buat jer PRN... kasi bersih sampah2 Pig H dlm dewan rakyat, saya yakin dengan MUAFAKAT NASIONAL(UMNO/PAS)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni lah dia melayu sokang parti penyamun bodoh nk nampus...makan taik lah woi...

      Padam