Muhyiddin kesal 'sahabat baik' tidak bersama dalam kerajaan
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini meluahkan kesedihan kerana Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal yang disifatkannya sebagai sahabat baik tidak bersamanya dalam memimpin kerajaan.
Perdana Menteri berkata dia bersama Mohd Shafie merupakan rakan seperjuangan terutamanya dalam Umno sehingga dia dipecat dan Mohd Shafie membuat keputusan meninggalkan parti itu.
"Tetapi cerita yang agak saya sedih ialah waktu mana saya memimpin negara sebagai perdana menteri pimpinan negeri Sabah tidak bersama saya, itu (Mohd Shafie) sahabat baik saya kerana dalam soal politik ini kadang-kadang hari ini sahabat esok jadi lawan.
"Tetapi soal mentadbir negara, sebaik mungkinnya kerajaan persekutuan dan negeri mesti sama, sehati dan sejiwa," katanya yang turut menceritakan Mohd Shafie menyambutnya ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pagi tadi.
Dia berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sepetang Bersama YAB Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di Kota Kinabalu hari ini.
Muhyiddin yang kali pertama melakukan lawatan ke Sabah sebagai Perdana Menteri disambut Mohd Shafie dan gambar dua pemimpin melakukan fist bump di lapangan terbang itu kini dikongsi ramai pengguna media sosial.
#Sumber : -Bernama
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Alhamdulillah,,, kemenangan utk semua
BalasPadamDah menang tu buat lah kerja untuk rayat di situ,kami ikut saja mana yang baik,jangan lupe turun padang,jangan terus hilang.
BalasPadamsya d sini amat gmbra kerna kemenangan BN adalah no1...hidup BN..,.
BalasPadamMenang menang juga...buat lah Keja..
BalasPadamSaya nasihatkan Shapie sokonglah Muhaidin klu nak lama!
BalasPadam