Mahathir, Mukhriz dan Pejuang bukan sahaja tak ada tempat Tapi Tak Sedar Diri
Kemenangan calon BN, Mohd Zaidi Aziz pada pilihan raya kecil (PRK) Dun
Slim menunjukkan pengundi tidak lagi menyokong bekas perdana menteri, Dr
Mahathir Mohamad dan Mukhriz untuk memimpin negara.
calon yang disokongnya gagal menarik sokongan penyokong Pakatan Harapan
yang telah memberikan undi sebanyak 33 peratus dalam pertandingan tiga
penjuru pada PRU14. Malah undi sepatutnya diperolehi PH merosot 50% daripada PRU-14 lalu.
Satu lagi isyarat block ketiga tidak diterima di negara kita.
Walaupun ramai pemimpin dari Amanah seperti Mat Sabu, Khalid Samad, Mohd
Nizar Jamaluddin dan Mahfuz Omar turun berkempen bagi calon Pejuang,
Amir Khusyairi, ketiadaan pemimpin DAP dan PKR seperti Ketua
Pembangkang, Anwar Ibrahim amat dirasai. Ini memberikan isyarat kepada rakyat drp memerintah sehingga sekarang PH masih bertelangah antara satu sama lain.
Dan paling jelas Mahathir, Mukhriz dan Pejuang bukan sahaja tak ada tempat dalampolitik Malaysia Tapi Tak Sedar Diri.Seperti di siarkan oleh Malaysiakini suara PH Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Mukhriz Mahathir
berpendapat adalah menjadi satu kebiasaan bagi pengundi bukan Melayu
memilih calon parti kerajaan pada pilihan raya kecil (PRK). Makna mereka tak sedar diri rakyat tolak mereka.
Mukhriz juga berkata "Pengundi bukan Melayu anggaran kami biasanya dalam satu pilihan raya kecil, mereka akan mengekalkan calon pihak kerajaan.
"Ini kerana sebarang peruntukan peringkat kerajaan negeri mahupun persekutuan akan terus disalurkan (jika calon kerajaan menang)," katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama, di Taman Slim Perdana, Slim River.
Turut hadir, Amir Khusyairi, Anggota Parlimen Kubang Pasu, Amiruddin Hamzah dan Senator Marzuki Yahya.
"Saya ingat dalam PRU keadaan mungkin berubah. Jadi kami terima baik PRK Slim ini.
"Pada waktu sama kami ingin menyatakan bahawa kami lebih sedia menghadapi PRU yang akan datang," katanya lagi.
Sementara
itu, dalam sidang media itu, Mukhriz berkata hampir satu pertiga
daripada jumlah 23,181 pengundi tidak keluar mengundi. Kalau keluar mengundi aggaknya sokong siapa? Tak keluar mengundi banyak sebab, takpayah ulas panjang buat posr mortem dan koreksi diri.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 68.4 peratus.
"Ini menunjukkan bahawa masih hampir satu pertiga pengundi yang tak keluar mengundi iaitu pada anggaran kami lebih 7,300 orang yang tak keluar mengundi. Tentu ada sebab," katanya.
Beliau turut memberitahu bahawa hampir 35 peratus pengundi muda juga tidak keluar mengundi pada PRK kali ini.
"Kebiasaanya, 45 hingga 48 peratus adalah pengundi muda dalam satu kawasan. Tapi, di PRK Slim 35 peratus daripada pengundi-pengundi muda tidak turun mengundi kali ini.
Kenyataan Mukhriz ini berbeza dengan data yang telah dikeluarkan oleh pihak BN, yang menyatakan pengundi-pengundi muda keluar dan menyokong calon UMNO atas dasar Muafakat Nasional.
Pada PRU14, Allahyarham Mohd Khusairi menang dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Bersatu yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal.
Dun Slim mempunyai 23,181 pengundi di mana 75 peratus pengundi adalah berbangsa Melayu, diikuti kaum India (13 peratus), Cina (10 peratus), dan lain-lain (dua peratus).
MR : Beri apa pun alasan tidakmengubah fakta sebenar yang rakyat muak dengan Mahathir dan PHsila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Spin lah sampai kepala sendiri pun botak pusing macam gasing tak tentu arah.
BalasPadamHahaahah so funny la.. Masuk raja lawak la boboii ooo..
BalasPadamCerita dah tamat.Nasihat atuk tu,berehatlah lah.Umur bersisa tak banyak dah
BalasPadam