Header Ads

ads header

Flash News

Khairuddin mohon maaf dan pulang 4 bulan gaji untuk tabung KMM


Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Dr Khairuddin Aman Razali akhirnya akur dengan kesilapannya melanggar prosedur operasi standard (SOP) kuarantin Covid-19.

Dalam kenyataan medianya hari ini, Khairuddin memohon maaf dan menyatakan hasrat untuk memulangkan empat bulan gajinya sebagai menteri.

Perkembangan itu hadir selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenakan kompaun RM1,000 terhadap Khairuddin kerana gagal mematuhi Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

"Saya dengan ini memohon jutaan kemaafan kepada seluruh rakyat Malaysia atas kekhilafan yang berlaku.

"Sebagai menteri, saya bertanggungjawab untuk akur kepada peraturan dan SOP sepanjang tempoh PKPP.

"Sebagai menzahirkan rasa bertanggungjawab itu, saya juga dengan ini akan memulangkan semua gaji saya sebagai menteri untuk Mei hingga Ogos 2020 sebagai sumbangan kepada Tabung Bantuan Bencana Negara (Tabung Covid-19) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya.

MR : Itu terbaik, kalau awal-awal pohon maaf dan pulang gaji rasanya tak jadi isu   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Demi menjaga maruah parti lebih elok Kuala Nerus undur diri je. Lagi pun PRU 15 tak lama lagi.

    BalasPadam
  2. Si lebai ni ada maruah lg ke?
    Pengiring dia x kena compound sama?

    BalasPadam
  3. Jom kita gantikan dia dgn Teresa sudu sawit. Klu duduk kt luar, mcmne nk kempen secawan sawit. Bila lagi minyak sawit nk Naik harga.

    BalasPadam
  4. Setuju sangat kalau digantikan dengan Teresa Kok, baru padan muka babi babi DAP yang berlagak pandai tapi bodoh nak mampus. Harap pakai spek dan mini skirt tak cukup kain tapi bodoh nak mampus.

    BalasPadam