Bekas pemimpin PKR edar bendera PPBM di Kongres Negara
KUALA LUMPUR: Bendera PPBM diedarkan kepada perwakilan dalam Kongres Negara 2020 bertema “Bersatu untuk Malaysia” yang diketuai bekas pemimpin PKR.
Ia dilakukan menjelang ketibaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang akan memberikan ucapan petang ini.
Muhyiddin yang juga presiden PPBM menjadi tetamu utama dalam program itu yang berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (Mitec) hari ini.
Antara bekas pemimpin PKR yang hadir Mohamed Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin dan Saifuddin Abdullah yang akan memberi ucapan.
Bekas pemimpin PKR yang lain termasuk ahli Parlimen Segamat Edmund Santhara, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lembah Jaya Haniza Talha dan Adun Seberang Jaya Afif Bahardin serta beberapa lagi wakil rakyat yang keluar dari parti reformasi itu.
Kongres Negara menyatukan NGO dikaitkan dengan bekas pemimpin PKR termasuk Pemuda Negara, Penggerak Komuniti Negara, Nations of Women (NOW) dan Penggerak Wanita Muda Negara.
#Sumber : FMT............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan