Header Ads

ads header

Flash News

Umno putuskan tak sertai PN (Jika didaftar), tapi masih sokong kerajaan PN sebagai kerajaan sehingga PRU-15


Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu memutuskan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional (PN) secara rasmi.

Zahid berkata Umno sebaliknya akan terus memperkasakan Muafakat Nasional (MN) bersama-sama dengan PAS dan parti komponen BN yang lain.

Menurutnya, sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hanya berlandaskan sokongan anggota parlimen Umno dan BN di Dewan Rakyat dan Adun di peringkat negeri.

"Keputusan Umno untuk tidak menyertai PN, sebagai komponen telah diputuskan oleh Majlis Tertinggi (MT) di dalam mesyuarat pada 24 Julai yang lalu.

"Dalam keputusan itu, Umno berpendapat MN, yang mana piagam dan memorandum persefahamannya telah ditandatangani, adalah wadah terbaik untuk Umno, PAS dan parti komponen BN dalam menghadapi apa jua kemungkinan dalam waktu terdekat ini," katanya dalam sidang media di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Pengumuman Zahid hari ini sekaligus menutup ramalan sebelum ini bahawa PN yang kini diketuai oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan didaftarkan sebagai gabungan politk yang rasmi sebelum menghadapi PRU15.

PN merupakan gabungan yang merangkumi Umno, PAS, Bersatu termasuk kem bekas timbalan presiden PKR Mohamad Azmin Ali serta Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang ditubuhkan secara tidak rasmi susulan 'Langkah Sheraton' pada Februari yang lalu.

Walaupun beberapa langkah awal termasuk menubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji pendaftaran PN sebagai gabungan politk yang rasmi, namun ia tidak tercapai ekoran dakwaan pertindihan pembahagian kerusi parlimen khususnya antara Bersatu dan Umno.

Untuk rekod, selepas pasca PRU14 yang lalu, sebanyak 15 ahli parlimen Umno keluar parti dan menyertai Bersatu menyokong Kerajaan Pakatan Harapan.

Sementara itu, Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk mengesahkan Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu menyatakan hasrat parti itu menyertai MN.

"Muhyiddin Yassin dalam pertemuan dengan Ahli-ahli Parlimen BN tengah hari semalam di bangunan Parlimen telah menyatakan hasrat PPBM (Bersatu) untuk menyertai MN.

"Hasrat Bersatu ini akan diperbincangkan dengan pihak PAS untuk diperhalusi. Jawatankuasa Induk MN sebelum ini telah memutuskan untuk Umno dan PAS memberi keutamaan bagi mernperkukuhkan MN.

"Saya akan rnenyerahkan kepada JK Induk MN untuk mempestimbangkan hasrat Bersatu sekiranya berkernampuan untuk memperkukuhkan lagi MN demi kepentingan rakyat dan negara," katanya.

Ketika ditanya apakah keputusan tidak menyertai PN secara rasmi merupakan langkah awal menghadapi PRU15, Zahid membalas ia lebih kepada langkah yang diambil selepas mengambil pertimbangan semasak-masaknya.

"Ini bukan kadar langkah awal, tapi pada hemat saya ia merupakan langkah yang telah difikirkan semasak-masaknya oleh kepimpinan Umno dan BN," katanya.

Ditanya sama ada ia mempunyai kaitan dengan keputusan mahkamah terhadap bekas perdana menteri Najib Razak, Zahid berkata: "Itu terpulang kepada pengamal media untuk melakukan tafsiran."

MR : Pilihan terbaik untuk Bersatu ialah menyertai Muafakat Nasional   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Semoga Allah memimpin hati semua pemimpin Islam kita dlm menghadapi ketegangan yg berlaku..umum mengetahui dan masih segar bagaimana pihak 'lain'menerajui negara selama 22 bulan dulu..dimana org Melayu dan Islam dipersenda dan 'dirobek'maruahnya.. segalanya berlaku akibat perpecahan ORG MELAYU ISLAM..moga ketegangan dikalangan kepimpinan Melayu pada hari ini tidak menyebabkan sekali lagi negara dirampas oleh majoriti bukan Melayu sekali lg..sama-sama kita doakan moga Allah memberi hidayah,membuang keangkuhan dan menyatukan hati para pemimpin Melayu Islam kita dgn iman dan taqwa dlm menelusuri pentadbiran negara..Demi kelestarian Islam dan Melayu di Malaysia tercinta..

    BalasPadam
  2. Itu lah pemimpin umno masih bongkak dan ego.
    Apa akan jadi sekiranya muafakat Nasional yang hanya dianggotai hanya pas umno MIC dan mca gagal membentuk kerajaan akan menyebabkan keadaan orang Melayu dalam bahaya.
    Pada hemat saya ramai rakyat masih tidak yakin dengan umno berbanding dengan pas kalau ikut kepada perkembangan hari ini. Akar umbi sudah banyak lari menyertai BERSATU.
    Apa yang jelas umno masih mahu membela dan memgangkat pemimpin mereka terpalit dengan rasuah dan salah guna kuasa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang melayu tak mau kena kencing lagi. Cina balik tongsan, india balik kerala.

      Padam
  3. Apa2 la yg pasti iklim politik sdh tidak mnentu

    BalasPadam