Header Ads

ads header

Flash News

Gugur calon Blackout tanding pemilihan tak sah, kata Tun M


ALOR SETAR -
Pengguguran calon daripada kumpulan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Blackout yang bertanding pada pemilihan parti dibuat tanpa mengikut perlembagaan parti itu, kata bekas Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad

Beliau berkata, pengguguran itu juga tidak sah selagi mahkamah belum mengesahkan keahlian calon berkenaan terlucut secara automatik.

Menurutnya, mereka masih ahli Bersatu dan layak bertanding pada pemilihan sehingga mahkamah membuat keputusan pada 7 Ogos depan.

"Kita masih ahli melainkan mahkamah putuskan pengguguran ini sah. Jika tidak, kami masih anggap diri kami sebagai ahli dan memegang jawatan," katanya selepas program Bersatu Blackout bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di sini malam tadi.

Dalam pada itu, Dr Mahathir turut bertegas beliau menang tanpa bertanding jawatan Pengerusi dan tidak dicabar calon lain.

Mengulas pengosongan jawatan Pengerusi selepas keahlian beliau digugurkan, Dr Mahathir berkata, tindakan itu dibuat tanpa merujuk kepada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).

"Kita tak peduli apa Presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) nak buat, kerana ia tidak mengikut perlembagaan parti.

"Kalau nak tukar, gugur apa pun kena bawa kepada pindaan perlembagaan dan MPT," katanya.

Menurutnya, semua tindak-tanduk Muhyiddin tidak mengikut peraturan parti.

"Tidak ada sistem langsung bawah kepimpinan Muhyiddin, beliau singkir begitu ramai orang termasuk saya," katanya.

Dr Mahathir berkata, pihaknya akan terus berusaha sebaik mungkin berdepan kemelut parti itu.

"Kami akan usaha supaya kalau ada sesuatu usul dibawa dalam Parlimen, kita mungkin undi seramai boleh kerana mungkin mereka tak cukup orang," katanya.

Mengulas mengenai program jelajah Bersatu Blackout, Dr Mahathir berkata, pihaknya akan menjelajah ke seluruh negeri bagi memperjelas situasi sebenar.

"Ramai bertanya apa sedang berlaku dalam politik negara, saya beritahu sebabnya dan mereka bersemangat, tukar logo merah kepada blackout.

"Saya percaya gerakan ini sudah berkembang dengan baik mungkin ramai ditekan atau diugut sebelum ini," katanya.

Katanya, ramai akar umbi tidak menyenangi kerajaan pimpinan Muhyiddin dan menyokong perjuangan asal Bersatu yang diasaskan beliau. - SH

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan