Header Ads

ads header

Flash News

Mohamed Apandi Ali, Bekas AG fail afidavit terhadap Sri Ram


Bekas Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali, yang mendakwa pendakwaraya khas, Gopal Sri Ram cuba meyakinkannya untuk menangkap bekas perdana menteri Najib Razak, telah mengemukakan tuntutannya ke mahkamah.

Apandi pada 12 Jun lalu memfailkan afidavit berkaitan kes 1MDB melibatkan Najib, kes International Petroleum Investment Company (IPIC) dan kes SRC International.

Dalam afidavit itu, beliau mengulangi tuduhan terhadap Sri Ram yang dimuat naik di Facebook pada 10 Jun.

Dalam catatan di Facebook, Apandi mendakwa Sri Ram berkunjung ke rumahnya pada Januari 2018, yang dikatakan atas arahan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Apandi mendakwa di laman media sosial itu bahawa Sri Ram memberitahunya bahawa beliau akan menjadi "wira di mata rakyat" dan juga "Peguam Negara pertama menangkap perdana menteri".

Kejadian itu didakwa berlaku empat bulan sebelum BN tewas pada pilihan raya umum ke-14 kepada Pakatan Harapan (PH).

Pada hari sama Apandi mengemukakan afidavitnya, pasukan peguam Najib membuat permohonan untuk menggugurkan Sri Ram, yang merupakan bekas hakim mahkamah persekutuan, sebagai pendakwaraya khas dalam perbicaraan kes pengubahsuaian laporan audit 1MDB melibatkan Najib.

Gopal juga mengetuai pendakwaan terhadap Najib dalam perbicaraan 1MDB yang melibatkan dakwaan penyelewengan dana RM2.28 bilion.

MR :  Ni episod menarik


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan