Kerajaan Akan Mengalakkan Rakyat Berbelanja Secara Atas-Talian – Tawar Diskaun Dan Kod Promosi Mencapai RM140 Juta
Dalam usaha mengalakkan pengguna mengamalkan gaya hidup digital, disamping mengalakka lagi arena edagang tempatan, kerajaan kini telah mengumumkan sebuah kempen baru dinamakan “Shop Malaysia Online”.
Melalui kempen yang bakal dilaksanakan hasil kerjasama kerajaan dan syarikat swasta, ia akan memfokuskan untuk mengalakkan rakyat tempatan berbelanja secara atas-talian.
Untuk tujuan berkenaan, sejumlah baucar diskaun dan kod promosi akan diberi melalui platform edagang. Implementasi penuh untuknya masih tidak diketahui lagi, dan dijangka akan dikongsikan dalam masa terdekat – termasuk pengumuman berkaitan platform edagang yang terlibat.
Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM70 juta
untuk tujuan ini, dan ia akan dipadankan dengan jumlah sama oleh
platform edagang – sekaligus memperlihatkan penawaran baucar dan kod
promosi bernilai secara keseluruhan mencapai RM140 juta untuk para pengguna.- Amanz
MR : Patut ada BMF online
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan