Header Ads

ads header

Flash News

PPBM, BN dan PAS, 3 parti Malaysia Timur rangka MoU Perikatan Nasional


PETALING JAYA: PPBM, Barisan Nasional dan PAS, serta Gabungan Parti Sarawak, Parti Bersatu Sabah, dan Parti Solidariti Tanah Airku merangka suatu memorandum persefahaman Perikatan Nasional, menurut kenyataan hari ini.

MoU itu mengandungi 5 tujuan, antaranya memperkasa dan memartabatkan keluruhan Perlembagaan Persekutuan, kedaulatan Raja-raja Melayu, prinsip Rukunegara, dan menjamin kebajikan dan kepentingan seluruh warga “tanpa mengira agama dan bangsa”.

Ia juga mahu memperkukuh semangat perkongsian dan kekitaan antara Sabah, Sarawak, dan Semenanjung demi untuk merealisasikan aspirasi dan matlamat Perjanjian Malaysia 1963.

“PPBM, BN, PAS, GPS, PBS, dan STAR menyokong penubuhan PN melalui kerjasama gabungan parti-parti politik,” kata kenyataan bersama itu.

Ia ditandatangani Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin; Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi; Presiden PAS, Abdul Hadi Awang; Pengerusi GPS, Abdul Rahman Johari Abang Openg; Presiden PBS, Maximus Johnity Ongkili; dan Presiden STAR, Jeffrey Gapari Kitingan.

Ia juga mahu memastikan bentuk pentadbiran dan pengurusan kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri yang “baik, inklusif serta bertaraf dunia”, menjurus ke arah menjaga dan memastikan kebajikan, kepentingan, kemakmuran dan keharmonian rakyat dipelihara dan dipertingkatkan, serta menjamin kemajuan serta pemulihan ekonomi dan pembangunan negara.

Ia juga mahu memperkukuh dan memperkasa agenda “perpaduan kaum, keharmonian agama dan budaya” dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan, sebagai paksi kepada kestabilan politik dan kesejahteraan negara.

“Memperkukuh PN melalui amalan musyawarah dan konsultansi berlandaskan kepada sikap dan sifat saling hormat-menghormati atas kepelbagaian agama, kaum dan budaya demi kepentingan negara dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan dan prinsip-prinsip Rukun Negara,” katanya.

Perkembangan ini ketika gabungan pemerintah yang berusia 2 bulan itu bersiap sedia untuk sidang Dewan Rakyat esok.

Kerajaan PN di peringkat persekutuan terbentuk dengan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan pada Februari.

Gabungan itu ketika ini juga mentadbir semua negeri kecuali Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, dan Sabah.

Dua parti Melayu-Islam terbesar dalam gabungan itu, Umno dan PAS mempunyai pakatan tersendiri, iaitu Muafakat Nasional.

PAS juga mempunyai pakatan tersendiri dengan beberapa parti kecil, dikenali sebagai Gagasan Sejahtera, dan begitu juga STAR dengan parti-parti kecil di Sabah, iaitu Gabungan Bersatu Sabah.


MR :  Berita buruk untuk PH


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Nampaknya tdm dan mukriz kena sisih atau tendang dari ppbm.

    BalasPadam