Header Ads

ads header

Flash News

Ketua Skrikandi PKR umum keluar parti


Ketua Srikandi PKR, Nurainie Haziqah Shafii hari ini mengumumkan peletakkan jawatannya dan bertindak meninggalkan parti berkenaan.

Nurainie dalam satu kenyataan berkata keputusan itu diambil selepas tidak lagi yakin dan percaya kepada idealisme perjuangan serta hala tuju PKR ketika ini.

"Saya telah mengambil keputusan meletak jawatan dan keluar daripada menjadi anggota PKR. Keputusan ini diambil kerana saya tidak lagi ada keyakinan dan kepercayaan kepada idealisme perjuangan serta hala tuju parti pada hari ini," katanya.

Nurainie juga memaklumkan bahawa beliau turut meletakkan jawatannya selaku exco Majlis Pimpinan Wanita PKR Pusat dan anggota Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

"Keputusan ini diambil atas prinsip bahawa jawatan ini adalah atas kapasiti saya selaku anggota PKR," katanya.

Sehubungan itu, Nurainie merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat.

"Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada anggota PKR yang memberi mandat kepada saya sebagai exco Majlis Pimpinan Wanita Pusat yang menang pada pemilihan PKR lalu.

"Juga kepada menteri besar Selangor dan Datuk Bandar MBPJ kerana memberikan kepercayaan serta kerjasama sepanjang saya menjadi anggota PKR dan Ahli Majlis MBPJ.

"Saya berikrar untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan negara melalui platform saya yang sedia ada serta memberi sepenuh komitmen terhadap usaha membantu golongan yang memerlukan melalui kapasiti saya sebagai seorang peguam," katanya.

MR :  Nanti PKR tinggal seluar dalam ajelah


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. PKR sekarang P ARTI K HIANAT R EFORMASI R AKYAT wajib diKUBURKAN kerana lari dari asas perjuangan..Hanya untuk GILA KUASA dan BERDENDAM BENCI MEMBENCI.

    BalasPadam
  2. Ini baru betul.keluar ketika parti ada kuasa,,ni lah namanya ada maruah dan harga diri serta cerdik

    BalasPadam
  3. Tahniah ketua srikandi pkr,anda seorang yg bermaruah dan ada jati diri unggul,.semoga ALLAH MENGANGKAT DARJAT ANDA..aaminnn

    BalasPadam
  4. Memang parti seluar dalam apabila semua keputusan ikut telunjuk DAP.
    Daripada ICERD sampai ke UEC sampailah ke statute Rome, kita tahu siapa dalang di sebaliknya.
    Sendiri tak mahu mengaku, tapi kat Twitter, Facebook, Quora Dan Instagram semua geng DAP sokong Statute Rom, ICERD Dan UEC. Menipu terus menipu. Diorang ingat kita Melayu ni bodoh. Dia ingat kita orang Melayu tak reti membaca.
    Dasar nak tipu Melayu sahaja kerja DAP ni. Yang buruk lagi ni hah Melayu Melayu yg dicucuk hidung, keparat, pengkhianat. Nama aje Islam tapi diri sendiri suka sangat dipuja puji oleh orang kafir.

    BalasPadam