Header Ads

ads header

Flash News

Minyak bukan sahaja tak ada harga tetapi jadi liabiliti



Semalam minyak US jatuh sampai 14.73 dollar per barrel. Kalau jatuh sampai 12 dollar per barrel, dah sama macam awal-awal deal petrodollar US-Saudi tahun 1973 dulu.

Pagi ni lagi dahsyat. Dah negative harga minyak di US! Minus -37.63 dollar per barrel! Pertama kali dalam sejarah.
Ini bermakna minyak bukan sahaja dah tak ada harga, bahkan jadi liabiliti pula. Situasi negatif ini seolah-olah pengeluar minyak pula yang membayar kepada rakyat supaya minyak mereka diambil.

Ini harga West Texas Intermediate (WTI) Crude Oil, kayuukur minyak US. Bukan Brent Crude Oil, kayuukur harga minyak dunia ya. Beza tu. Ini hanya menggambarkan permintaan pasaran tempatan US sahaja.

Tamparan hebat buat Trump! Mana slogan make America great again? Itu tara national lockdown belum buat lagi tu.


FB
Alang Shukrimun

.....




Sejak 3 tahun dahulu, Amerika Syarikat telah menjadi negara pengeluar minyak terbesar di dunia.

Semalam, harga minyak keluaran Amerika Syarikat iaitu WTI crude telah jatuh ke bawah negatif.

Pada masa kini, penjual minyak di USA akan bayar US$9 setiap tong kepada pembeli.jika pembeli akan menerima stok minyak dari penjual serta merta.

Ini bermakna harga minyak WTI Crude telah jatuh US$69 dari US$60 satu tong ke -US$9 dalam masa 4 bulan.

Ini ialah kerana fasiliti-fasiliti simpanan minyak di USA sudah penuh pada ketika permintaan minyak di sana menjunam akibat perintah kurungan untuk melawan Covid.

Untuk minyak yang dikeluarkan telaga minyak luar pesisir Teluk Mexico (Mars crude) pula, harganya ialah negatif US$30.

Ya, penjual akan bayar US$30 untuk setiap tong kepada pembeli minyak Mars crude.

FB

Najib Razak



MR :  Mudah nak faham macam penanam tembikai.. kos tanam mungkin 70 sen sekilo. Biasa jual di pasaran RM1.50-RM2.00 sekilo. Tapi bila covid-19, pasaran merosak. Untuk tidak rugi terpaksa jual 50sen sekilo. Tembikai bukan sahaja tak ada harga, tapi menjadi liabiliti jika tak jual rugi teruk terpaksa jual 50sen. Makna penanam berikan 20 sen sekilo bagi setiap pembelian. 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. rakyat Malaysia kena mula support PETRONAS secara 100% ...

    tinggalkan yg lain..

    BalasPadam