Header Ads

ads header

Flash News

Usul undi tidak percaya kepada Muhyiddin tidak mungkin berjaya kata Mahathir


PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini dipercayai sudah mempunyai jumlah sokongan ahli Parlimen yang cukup bagi membolehkan beliau mentadbir negara.

Menurut Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad, kerajaan yang dipimpin Muhyiddin dijangka mampu untuk bertahan sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Boleh bertahan sampai PRU. Sekarang ini bila dia (Muhyiddin) jadi kerajaan, dia dapat bagi gula-gula kepada banyak orang. Saya dapati beberapa orang yang menjadi penyokong saya, sekarang ini dilantik menjadi menteri, maka mereka berpindah ke sebelah sana.

“Kita dahulu mempunyai kelebihan sebanyak 114 kerusi tetapi sekarang ini jumlah itu makin kurang. Jadi dalam Dewan Rakyat kita hendak bawa usul tidak percaya pun tidak mungkin berjaya. Sebabnya dia sudah ambil orang saya menyebelahi dia.

“Memanglah bila dia tawarkan jadi menteri, susah bagi orang nak tolak. Saya tidak boleh tawarkan apa-apa pun,” katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama Sinar Harian di sini semalam.

Berlangsung selama 80 minit, wawancara itu ialah temu bual pertama Dr Mahathir dengan organisasi media selepas meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 24 Februari lalu.

Wawancara yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana itu turut dihadiri Penerbit Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub; Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Datuk Baharom Mahusin dan Timbalan Pengarang Berita, Badruldin Zakaria.
Dalam temu bual itu, Dr Mahathir yang kini sudah berusia 94 tahun turut berharap agar Muhyiddin dapat meneruskan dasar-dasar yang telah dilakukan oleh beliau sepanjang menjadi Perdana Menteri ketujuh selama 22 bulan.

“Saya minta kalau boleh Kabinet jangan gugurkan dasar-dasar yang baik yang telah kita adakan. Umpamanya Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

“Itu satu dasar yang baik dan orang yang mencipta dasar itu juga ada dalam Kabinet. Jangan gugurkan,” ujar beliau.

Ketika ditanya mengenai kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan disebabkan oleh konspirasi, Dr Mahathir berkata, ia berpunca daripada perbuatan bekas Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Yang betul-betul berkonspirasi ialah Najib. Apabila dia kalah, maka dia dapat idea kalau dia boleh tubuh satu kerajaan Melayu Islam, maka dia akan dapat lebih sokongan orang Melayu dan dia akan menang.

“Sebab itu dia mencuba dengan begitu lama namun pendekatan beliau tidak berkesan dan akhirnya gagal, akhirnya kami yang menang,” katanya.

Beliau berkata, Najib dan Pas masih tekankan tentang naratif Melayu Islam dan cuba mencari sokongan daripada Bersatu untuk menubuhkan kerajaan Melayu Islam dan DAP ‘dianggap sebagai jahat’.

“Kita kena singkirkan DAP, jadi kita kena bekerjasama dengan UMNO. Jadi tiba-tiba orang yang kalah dianggap menang, manakala orang yang menang dikatakan kalah.

“Ini sebenarnya konspirasi siapa, adakah saya? Apa sebab saya perlu melakukan konspirasi kerana saya sudah menjadi Perdana Menteri.

“Saya ingat saya jadi Perdana Menteri, bila sampai masanya saya akan letak jawatan dan itu tidak menjadi masalah,” tegas beliau

Tambah Dr Mahathir, Najib mahu mendapatkan kembali kuasa dengan secepat mungkin kerana tidak lama lagi keputusan perbicaraan akan diumumkan dan beliau mungkin dihukum.

“Jadi itulah konspirasi mereka, macam mana nak jadi kerajaan setelah kalah dengan meyakinkan ahli-ahli Bersatu untuk menyokongnya dan keluar daripada parti Pakatan Harapan sehingga Pakatan Harapan jatuh. Sekarang ini mereka dah menang,” ujar beliau.


MR :  Nampaknya pembangkang kena cari cara lain untuk menghadapi PN


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


23 ulasan:

  1. Sudah2 lah atuk... Balik rumah berehat dgn anak cucu saja... Bagi orang lain pulak mentadbir negara.. Zaman atuk dah berakhir... Jgn lah kerana sikap atuk negara musnah...

    BalasPadam
  2. Betul tu, terimalah ketentuan Allah ...Atuk

    BalasPadam
  3. Alahai.. Yg anda letak jawatan, bawak parti keluar ph, merajuk, curi mp pihak lawan, semuanya salah pm najib ker.. Itu ler kehebatan pm najib.. Kamu... tetap salahkan org lain...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Manusia sentiasa menyalahkan oqang lain.Angap diri nya yang sempurna.Allah akan menentukan naik turun sesaoraorang yang dia kehendaki. ke ndak

      Padam
  4. Sudah tersurat kerajaan PH menemui ajal dalam tempoh 22 bulan kerana sebab dan akibat yang pelbagai.Setiap kerajaan akan menemui ajal walaupun para pemimpinnya berusaha macam mana sekalipun,kerajaan besar dunia juga telah banyak menemui ajal,cuma ajal PH ialah ketika usia yang terlampau muda yang mana para pemimpinnya sedang mabuk bersilat dan berkuntau merebut jawatan ketua dan mereka terlupa ada Tuhan yang mentadbir kerajaan seluruh alam serta segala isinya.

    BalasPadam
  5. Sudahlah tok kalah makna Allah sayang Tok sebab bg peluang kita mengingatinya seblm kita menghadapnya .
    Allah sayang Atuk klau masih jadi pm tak sempat tak ada masa dan peluang utk persediaan ke akhirat .Klau di saat bergini kita masih sebuk dgn keduniian .cuba atuk fikir .kembalikan masaalah rakyat kpd mereka yg lebih muda minda yg masih blm pelupa dan berkemahiran dlm mentadbir ng .Jgn ashik marah najib aje sampai akhir hayat nanti pun panggil najib bahaya tu tok...

    BalasPadam
  6. Ko dah kalah lah mahadthir..ko yg nyayok letak jawatan, nak salahkan najib. Hei, najib tu x ada masa nak fikir pasal konspirasi sebab dah ada 42 tuduhan yg kerajaan ko kenakan ke atas dia. Ko ni sebenarnya gila talak la mahadthir....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nme pn org bijak...suara Islam dunia.ko rase AD ke pemimpin Islam dlm Malaysia yg BERANI bersuara MCM tun.

      Padam
    2. Apa yang disuarakan ? Tak pernah dengarpon dia berdakwah menggunakan Al-Quran, sedangkan itu yang di tuntut oleh Allah s.w.t. ?

      Kalau setakat gertak Israel dan kuasa besar dunia, negara bukan Islam yang lainpon ramai je yang melawan kuasa besar jahat dunia. Israelpon malas nak layan sebenarnya.

      Golongan hati tertutup memang tak nampak kebenaran.

      Padam
  7. Mahadthir, ko kata kejatuhan ph ini konspirasi najib? Hei, dia mana ada masa nak fikir konspirasi sebab dah ada 42 kes tuduhan yg kerajaan ko kenakan ke atas dia. Ko yg skrg ni tengah gila talak nak jadi pm balik. Itu yg sebetulnya...

    BalasPadam
  8. Hebat najib.!! Dari dulu sampai skrng masih menghantui atok. Ngaku kalah aje lah atok!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agak2 Najib x termenung ke kalah gn org tua.PRU 14.

      Padam
    2. Menung atau tidak bergantung kepada tahap keimanan dialah. Semua boleh agak agak sendiri, tetapi Allah s.w.t sahaja yang tahu ... kau tahu ?

      Orang orang yang beriman akan senantiasa tenang kerana kaya miskin, berkuasa tidak berkuasa hanyalah ujian Allah s.w.t kepada mereka.

      Persoalannya, kenapa memperkatakan sesuatu yang KAU TAK TAHU ?

      Padam
  9. 3 Faktor Utama Penyebab PH tumbang iaitu

    1. Tun M letak jawatan tanpa perbincangan PH menyebabkan terbentuk kerajaan pintu belakang.

    2. Masyarakat Melayu tidak lagi berminat DAP berdasarkan corak kepimpinan DAP dalam pentadbiran negara sebelum kerajaan PN dan kemungkinan besar tidak lagi berminat mengundi Calon DAP dalam PRU 15 akan datang.

    3. Kem Azmin yang tidak setia perjuangan reformasi dan partinya.

    Rakyat rasa terkilan kerana kepimpinan PN yang mentadbir negara terkini adalah bukan sokongan majoriti rakyat PRU 14. Mandat asal majoriti rakyat dalam PRU 14 adalah PH bukan PN. Kerajaan PN sekarang bukan sokongan Majoriti Rakyat PRU 14 terutama BN dan PAS.

    Langkah terbaik dan adil dicadangkan PRU dibuat semula untuk rakyat membuat pilihan barisan kepimpinan negara sebagai majoriti sokongan rakyat. Kerajaan bukan mandat majoriti rakyat atau kerajaan pintu belakang bukan sebenar pilihan di hati rakyat yang telah mengundi PRU 14 di seluruh negeri. Walaupun kos tinggi PRU, namun ia adalah hak rakyat yang patut diutamakan.

    BalasPadam
  10. Atuk taknak anwar jadi PM. Itu jer sebenarnya. Sekarang atuk dah boleh bertenang. Muhyiddin jadi PM pun dia suka. Pura2 jer tu tak suka. Yg penting anwar dah dicantas..hahaha

    BalasPadam
  11. sudahnye najib jugak salah..adui lahai...tgk dulu kelemahan apa org2 bawahan kamu buat masa ada.kuasa mentadbir dulu..xhabis2 salahkan org..salah tetap salah wlpn aku dulu penyokong tegar atuk M

    BalasPadam
  12. kesian juga aku tgk atuk nie dlm mase yg sama boleh tahan jugak penangan najib,sampai terbawak dlm mimpi2 & hidop atuk...makan najib,tido najib,kire semua lar najib...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penangan atuk PRU 14.bagaimana pula eaaa...silap2 papa kedana.

      Padam
    2. Penangan atuk PRU 14 bagaimana pula EAaaaa.sasauuu 22bulan

      Padam
  13. Salam sejahtera buat ATOK..TUN Tak rindu ke nak berucap kat PWTC ? Saye dulu peminat tegar tun sejak 80an lagi ..kemana atok beri ucapan local ke international ke saye memey tak lepas peluang..yg saye paling suke ..walau pun atok ni muka nampak serious tapi ade selit sifat humor dlm setiap ucapan nya..tak boring. Gaya percakapan ada tarikan tersendiri dan penonton melihat dgn penoh khusuk..setiap manusia tidak lepas melaku kan kesilapan..saya harap selepas ini atok boleh berbaik semula dgn DSNR ..itu lah harapan saya dan rakyat MALAYSIA ..Itu lah saat indah yg di tunggu rakyat malaysia...BUANG YG KEROH AMBIL YANG JERNIH..

    BalasPadam