Header Ads

ads header

Flash News

Syed Saddiq ‘terkedu’, wartawan Al-Jazeera ‘kenalkan’ Dr Mahathir


KUALA LUMPUR, 8 Mac — Diasak pelbagai soalan panas, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman teguh mempertahankan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ahli parlimen Muar ditemu bual dalam rancangan Upfront di Al-Jazeera, diacarakan Mehdi Hasan.

Rancangan temu bual 10 minit hangat menyentuh tentang peralihan kuasa yang berlaku termasuk pandangan Syed Saddiq berkenaan janji Dr Mahathir kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kamu kata ‘bila tiba masa yang sesuai’ beliau (Dr Mahathir) akan berikan (kuasa kepada Anwar). Bila masa yang betul?

“Kerana sejak Dr Mahathir jadi perdana menteri pada 2018, beliau kata satu atau dua tahun. Kemudian beliau dipetik dua atau tiga tahun.

“Kemudian selepas tiga tahun. Kemudian sehingga selesai Persidangan Apec. Beliau asyik tangguh, bukankah begitu?” soal Mehdi kepada Syed Saddiq.

Sepatah Syed Saddiq berkata “beliau sangat konsisten” lalu dipintas Mehdi dengan menafikan kata-katanya.

“Tidak konsisten, ini tidak konsisten. Beliau kata satu atau dua tahun kemudian kata dua atau tiga tahun. Dengan definisi ini, tidak konsisten,” terang Mehdi.

Mehdi sekali lagi mengasak Syed Saddiq dengan menyindir bekas menteri belia dan sukan itu bagaimana beliau tahu Dr Mahathir seorang yang tidak ‘gila kuasa’ sedangkan Syed Saddiq belum lahir sewaktu Dr Mahathir menjadi perdana menteri terdahulu.

“Beliau letak jawatan tetapi tidak bersara dan kamu kata beliau tidak gila kuasa. Bagaimana kamu terangkan seorang berumur 94 tahun yang masih berada di pejabat dan jadi perdana menteri sejak kamu belum dilahirkan,” kata Mehdi lagi.

Syed Saddiq kemudian membalas bahawa Dr Mahathir masih setia bersama rakan gabungan yang memenangi pilihan raya lalu walaupun muncul gabungan ‘pintu belakang’.

Katanya, hal ini terbukti bahawa Dr Mahathir bersama mereka dan turut mencabar keabsahan kerajaan yang baru dibentuk.

Sejumlah 91,651 tontonan dicatatkan YouTube menerusi rancangan temubual itu.

Petikan ucapan tersebut turut dijadikan bahan sindiran beberapa pengguna media sosial yang merasakan terhibur melihat bekas menteri mempertahankan hujahnya.

Antaranya Azmi Arshad, yang turut memuatkan di laman Facebook siang tadi.

“Temubual ini sangat memalukan dan merosakkan buat Syed Saddiq etapi hiburan terbaik untuk kami.

“Syed Saddiq tiada asas. Beliau akan berdiri di atas pentas dan menipu dengan muka lurus tetapi bila soal jawab beliau akan tersasar dan terdedah jika penemubual jujur dan tegas,” tulis Azmi menerusi perkongsian tersebut.

Perkongsian Azmi turut mendapat perhatian ramai pengguna Facebook dengan lebih seribu tanda suka dan 500 perkongsian.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


7 ulasan:

  1. Budak sadid tu sokong tun membuta tuli saja

    BalasPadam
  2. Tun M merupakan bapa perpecahan Melayu kalau YB Saddiq nak tau... lihat sejarah setiap 10 tahun sekali

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penipu je kau,bapa perpecahan melayu bukan tun m,tp bapa perpecahan sebenar org melayu adalah anuar ibrahim,pemimpin pas dan umno

      Padam
  3. YB Saddiq is still budak2 lg...dia punya pengalaman dalam polutik ni sama seperti ustad2 muda yg begitu yakin beri hukum dlm sesuatu isu kontroversi..last2 memalukan diri...

    BalasPadam
  4. "syed" saddiq segaraga..adikberadik sepakraga...skadar pandai debat (petah dimukut) otak letak kepala lutut...tum m geng DAPig, geng anuor tanggal seluor, geng mat sabu t..srabut (anok syarikat DAPig...tk faham2 lagi...bongok punye budak...dah bodoh sombong lak tu..tun m tu buat tabiat dah..alam barzakh dh dekat nar..nk ikut ke..? org pandang melayu islam sdg memerintah skrg...cina pun dh mnyampah DAPig ni..tg. piai, kimanis dh kasi nmpak..muda2 dh butahati..tk layak lgi brpolitik..gi al azhar sambung ngaji..pasang niat didik anakbangsa celek quran...kata "syed.."

    BalasPadam
  5. Yg komen dlm ni semuanya tk btul,ni klau terlupa nk taubat esok mati tk tak tahu lah mcm mana jadinya

    BalasPadam