Header Ads

ads header

Flash News

Sejam masuk pejabat, Hishamuddin terima 6 panggilan luar negara


PUTRAJAYA – Baru sahaja memulakan tugas sebegai Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein hari ini dijadualkan akan menerima enam panggilan daripada rakan sejawatnya di negara-negara lain.

Katanya beliau mendapat respon baik daripada negara-negara luar yang tidak sabar untuk bekerjasama dengan beliau di peringkat antarabangsa.

“Malam semalam sahaja saya dimaklumkan permintaan beberapa menteri luar untuk berkomunikasi dengan saya hari ini sudah enam.

“Ini termasuk menteri luar China Wang Yi, Emiriah Arab Bersatu, Syeikh Abdullah Zayed, Menteri Luar Singapura, Indonesia dan Thailand.

“Boleh bayangkan saya masuk pejabat baru satu jam dan ini adalah tanda kepada apa yang akan mendatang. Ini adalah petanda yang baik.

“Kita kena uruskan geopolitik yang memerlukan diplomasi dan kita mahu jadikan ia lebih baik di masa akan datang,” katanya dalam sidang media di Wisma Putra hari ini.

Terdahulu, Hishammuddin tiba di Kementerian Luar pada pukul 12.50 tengah hari bagi memulakan tugasnya selepas mesyuarat Kabinet yang pertama dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hishamuddin disambut timbalannya, Datuk Kamarudin Jaffar dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob.

Semalam, Hishammuddin berjanji akan melakukan yang terbaik dan meminta diberi ruang untuk membuktikan keikhlasan beliau dalam memikul amanah yang diletakkan di atas bahunya.

Katanya, sebagai Menteri Luar, apa yang penting adalah membawa mesej bahawa Malaysia mempunyai banyak potensi dan hubungan yang telah dibina dengan negara luar secara dua hala. -MalaysiaGazette

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan