Header Ads

ads header

Flash News

'Saya tidak menduga diamanahkan jawatan ini' - Tuan Ibrahim


KOTA BHARU:
Menteri Alam Sekitar, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan beliau tidak menduga akan diamanahkan untuk menggalas jawatan itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, ia adalah taklifan yang berat dan suatu amanah Allah yang perlu dipikul.

“Saya sering memohon agar Allah tidak bebankan saya dengan suatu jawatan yang menyusahkan saya nanti di akhirat, dan mengharapkan pertolongan Allah dengan amanah ini.

“Semoga jawatan ini menambahkan taqwa sebagaimana seluruh alam, sama ada di langit atau di bumi sentiasa bertasbih kepada Penciptanya,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Beliau turut berterima kasih kepada semua sahabat yang merakamkan penghargaan dan doa. “Semoga Allah membalas kebaikan anda semua,” katanya.



- BERNAMA




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan