Header Ads

ads header

Flash News

Saya ada maklumat terperinci siapa sokong Muhyiddin jawab Annuar kepada Syed Saddiq


KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah menyatakan semua ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menyokong beliau dalam mendapatkan sokongan majoriti untuk diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong menjawat jawatan Perdana Menteri.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata beliau terbabit dan menyimpan maklumat terperinci ahli Parlimen yang menyokong Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan.
“Saya mengikuti wawancara (bekas Menteri Belia dan Sukan) Syed Saddiq (Syed Abdul Rahman) bersama Al-Jazeera.

“Dia tuduh Muhyiddin tipu Yang di-Pertuan Agong dengan mendakwa semua 36 ahli Parlimen BERSATU termasuk beliau, (Timbalan Presiden BERSATU) Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan (Pengerusi BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong Perdana Menteri.

“Ini satu pembohongan. Muhyiddin tidak pernah menyatakan semua ahli Parlimen BERSATU menyokong dia. Saya terbabit dan menyimpan maklumat terperinci siapa yang bersama kami,” katanya dalam ciapan menerusi akaun Twitter rasminya, hari ini.


 Catatan itu sebagai menjawab dakwaan Syed Saddiq sebagai Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), dalam wawancara bersama program UpFront Al Jazeera yang mendakwa Muhyiddin memberi gambaran salah kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti anggota Parlimen.

Dalam wawancara itu, Syed Saddiq turut menyifatkan pentadbiran Perikatan Nasional (PN) sebagai ‘tidak sah’ dan kerajaan ‘pintu belakang’.



MR :  Guna media untuk dapat sokongan, dengan mengulangi pembohongan agar menjadi fakta... cara Atuk buat kerja..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan