Header Ads

ads header

Flash News

Pengakuan Tun Dr Mahathir: Pakatan Harapan Punca Masalah


Inilah tiga pengakuan Tun Dr Mahathir Mohamad yang beliau sampaikan di Majlis Kenduri Rakyat bersempena perkahwinan anak Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir di Dewan Wawasan, Jitra, hari ini:

(1) Terbentuknya kerajaan baru yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah berpunca daripada tindakan Pakatan Harapan mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

(2) Tun Dr Mahathir tiada masalah untuk BERSATU keluar dari Pakatan Harapan, tetapi ia hanya boleh dilakukan setelah beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

(3) Tun Dr Mahathir sememangnya tiada masalah untuk BERSATU bekerjasama dengan PAS, hanya kerjasama secara en bloc dengan UMNO sahaja beliau sukar terima.

Inilah pula petikan ucapan Tun Dr Mahathir di Majlis Kenduri Rakyat tersebut:

“Saya kata kat Muhyiddin: Tunggulah, satu hari saya letak jawatan, pada masa itu nak buat apa buatlah. Tapi dia kata: Sekarang ini, mesti buat sekarang ini, mesti kerjasama dengan Najib dengan UMNO. Dulu kita benci kepada Najib pasal dia curi duit. Dia sedang dibicara pasal curi duit banyak. Bukan seringgit dua ringgit, bilion-bilion ringgit duit kita dicuri. Macam manalah saya nak kerjasama dengan Najib?”

“Jadi saya kata kat Muhyiddin: Tunggulah. Tetapi dia tak mahu tunggu. Dia nak sekarang jugak. Kita mesti singkir apanama Pakatan Harapan, kita keluar daripada Pakatan Harapan, dan kita dirikan kerajaan Melayu kononnya dengan UMNO. Saya kerjasama dengan PAS tak apa jugaklah. Tapi nak kerjasama dengan UMNO saya sukar. Pasal kita baru saja kalahkan UMNO pasal dia dirikan kerajaan kleptokrat. Nak terima Najib semula yang bermusuh dengan kita susah bagi saya.”

“Walaupun demikian, apabila saya dapati parti Pakatan Harapan ini tiba-tiba tak namakan saya sebagai calon mereka, mereka namakan Datuk Seri Anwar sebagai calon mereka dan kerana itu saya kalah. Saya tak dapat majoriti. Anwar pun tak dapat majoriti jugak. Kalau parti Pakatan Harapan ini bagi sokongan kepada saya saya tak kalah. Tapi dalam politik ini kita tak taulah apa fikiran apa tindakan.”

Ada sesiapa yang mahu kata BERSATU masih boleh kekal dengan Pakatan Harapan

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. WAYANG TINGGI PRODUCTION.. (WTP)

    BalasPadam
  2. Banyak kesilapan besar PH telah buat semasa pemerintahannya..mengecewakan rayat malaysia terutama orang2 melayu dan islam. .memainkan sentimen perkauman yg sangat kuat, membuat janji yang tidak ditepati dan bercakap bohong.

    BalasPadam
  3. Inilah game Atok x mahu dsai jadi PM 8.mungkin game dah sampai penamatnya setelah pembentukan ahli kabinet.Atok salahkan PH.Dsn x dengan sangkut-paut dgn game Atok.siapa kena kencing....PH kena kencing.kita tengoklah whats next dari Atok

    BalasPadam
  4. Ini lah politik..,tak pelik semua nya munafik yg jadi mangsa rakyat, undi sana undi sini tapi pemimpin ug diatas tamakkan kuasa,duit,kedudukkan....mereka ni semua tak takut bslasan Allah ke? bercakap bohong,berjanji tapi khianat,tikam belakang,...main bontot pun nk jadi pemimpin, curi duit rsakyat Negara pun fikata ok tak apa bossku....itu belum lagi curi fut mara,duit frlda,duit felcra, kaya ksn keroni belskon jadi Maha baik..itu politik Malaysia...

    BalasPadam