Header Ads

ads header

Flash News

PAS setuju Azhar, tidak perlu letak jawatan pengerusi SPR


PETALING JAYA:
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun dan ahli badan itu tidak perlu meletak jawatan walaupun kerajan bertukar pimpinan daripada Pakatan Harapan (PH) kepada Perikatan Nasional (PN), kata PAS.

Setiausaha agung parti itu, Takiyuddin Hassan berkata, perlembagaan negara tidak menetapkan bahawa pemegang jawatan dalam SPR perlu melepaskan jawatan setelah negara bertukar kerajaan.

“Jelas dalam perlembagaan tidak ada peruntukan yang bermaksud sedemikian (pengerusi, ahli-ahli perlu meletak jawatan bila kerajaan bertukar), selagi mereka yang dilantik masih mendapat kepercayaan awam.

“PAS melihat SPR di bawah kepimpinan pengerusinya, Azhar Harun menjalankan tugas dengan cekap, profesional dan tidak memihak ketika mengendalikan pejalanan pilihan raya, terutamanya beberapa pilihan raya kecil (PRK) baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini terdapat beberapa pihak yang mendesak supaya Azhar dan pesuruhjaya badan itu meletak jawatan.

Desakan itu antara lain dibuat, termasuk oleh bekas timbalan pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar dengan alasan bagi memastikan suruhanjaya itu kekal bebas dan berkecuali.

Beliau turut mendakwa SPR dianggotai oleh aktivis pro-PH.


MR :  PAS mesti banyak rasional dalam urus tadbir negara


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan