Header Ads

ads header

Flash News

MIC jumpa bekas tahanan LTTE: PN jangan pilih bulu bertindak


Kerajaan Perikatan Nasional (PN)
– diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin – diharap bertegas dengan ancaman kumpulan pengganas, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) – walaupun sebelum ini 12 individu telah dibebaskan oleh bekas Peguam Negara.

“Dulu LTTE ditentang bukan kerana majoriti penyokong Pakatan Harapan, tetapi kerana ancaman pengganas LTTE itu sendiri,” kata pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan pemimpin MIC yang didakwa berjumpa dengan individu yang sebelum ini berdepan tuduhan menyokong LTTE.

Terdahulu, MIC menerusi akaun Twitter memuat naik beberapa keping gambar bersama kapsyen Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran bertemu dengan bekas tahanan yang telah dibebaskan daripada tuduhan SOSMA-LTTE dan ahli keluarga mereka di Ibu Pejabat MIC.

Bagaimanapun tujuan perjumpaan sehingga kini masih menimbulkan tanda tanya.

Firdaus Wong mengakui hak sesiapa jua untuk melawat individu yang mereka mahu, selagi dalam ruang lingkup dibenarkan undang-undang negara.

Namun, katanya, kerajaan diharap tidak memilih bulu sekiranya Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran menemui bekas (bakal) suspek tahanan LTTE kerana ingin memberikan sokongan kepada mereka.

“Jangan kerana MIC sekarang berada di dalam PN, maka perkara sedemikian didiamkan sahaja. Berpegang pada prinsip amar makruf nahi mungkar tanpa mengira siapa pun mereka,” katanya. -ISMAWEB



MR :  Dalam banyak hal perlu lihat banyak sudut..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan