Mahathir perkuatan fizikal untuk 'serangan balas'
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad memuat naik di Facebook beberapa keping gambar berbasikal pada pagi ini di sekitar Putrajaya.
Pengerusi parti Bersatu itu dilihat memakai topi keledar yang mengandungi lambang Bersatu, parti yang kini berdepan kemelut dalaman selepas sebahagian besarnya menyokong presiden parti Muhyiddin Yassin yang baru bersumpah sebagai Perdana Menteri kelapan.
"Saya berbasikal di keliling tasik Putrajaya pagi tadi.
"Badan yang cergas dan stamina yang kuat amat penting dalam melaksanakan aktiviti atau pekerjaan yang kita mahu lakukan," kata keterangan yang disertakan pada kiriman itu.
Beliau dilihat ditemani oleh pengerusi Limosin Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan perenang jarak jauh Abdul Malik Mydin dan beberapa pelumba lain.
Mahathir dilihat jarang membuat penampilan di khalayak ramai sejak kejatuhan pentadbiran Pakatan Harapan bulan lepas serta perpecahan parti Bersatu.
Bersatu menerajui gabungan Perikatan Nasional bersama BN dan PAS di bawah pimpinan Muhyiddin di peringkat persekutuan.
Sementara di negeri tertentu, Bersatu meneruskan kerjasama dengan PKR, DAP dan Amanah - contoh yang paling ketara iaitu Kedah, dengan Mukhriz Mahathir masih merupakan Menteri Besar kerajaan negeri.
MR : Muhyiddin diharap bersedia untuk serangan balas... kerana 'atuk' tunjuk dia masih kuat!
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Jgn lupa tun.. Utk berbuat amal ibadat juga mmerlukan kesihatan dn kecergasan yg sehat dn kuat...
BalasPadamPada usia senja begini apa yg tun mahu cari lagi? Bagi lah org muda buat kerja...jika tak di bagi dari sekarang sampai bila2 pun dia org tak tau buat kerja ..
BalasPadamtun adalah pemimpin politik yg gah dpn lawan dan kawan..seumur hidup takkn jumpa pemimpin 95 boleh buat apa yg tun buat..terbaik tun..
BalasPadamBagi muyidin la pulok .jd pmtu .harao atuk rehat je la .duk ronda ronda je .la
BalasPadamSemoga negara Malaysia bisa melalui masa"krisis kepimpinan.dan alloh tunjukkan jalan terbaik tuk kemajuan rumpun melayu #salam dari Indonesia
BalasPadamaaminn...
Padamterima kasih saudara serumpunku
Assallamualaikom.
BalasPadamKata alim ulamak
Sekiranya kamu tersangat megejar dunia nescaya kamu kurang mendapat akhirat .
Dan sekiranya kamu megejar akhirat
Insshaallah kamu mendapat seluruh dunia
Berbuat baik lah sentiasa
BalasPadamTun buktikan walaupun dia dh tua dia masih maintain dlm segala hal.
BalasPadamPemikiran, kesihatan, pandangan dan arah tuju
Mnolak apa yg sepatutnya...
Org muda blh ke?