Header Ads

ads header

Flash News

Mahathir mungkin tumpang gembira senyap-senyap di hati


“Jika Perdana Menteri ke-7, Dr Mahathir Mohamad memilih untuk menyerahkan kerusi PM kepada Anwar Ibrahim, kerusi PM itu mungkin hilang daripada tangan PPBM selama-lamanya.”

Kenyataan di atas ialah kegusaran sebenar yang menjadi titik keruntuhan Pakatan Harapan dan itulah yang mencetuskan krisis politik Malaysia baru-baru ini.

Mana-mana parti di dunia akan memilih untuk terus memegang jawatan tertinggi di dalam kerajaan daripada menyerahkannya kepada parti kawan mahupun lawan.

Kini, meskipun kerajaan bertukar, kerusi PM kekal di tangan PPBM.

Ada yang berkata, kerana Muhyiddin Yassin ingin menjadi PM, maka PPBM kehilangan jawatan menteri besar Johor, bakal kehilangan jawatan menteri besar Perak dan Kedah di dalam krisis politik ini.

Sebenarnya, tiada jaminan perkara yang sama ini tidak akan berlaku jika PKR menguasai jawatan PM.

PPBM juga kemungkinan besar kehilangan semua kerusi MB dipegangnya pada pilihan raya umum ke-15 nanti, jika Anwar yang menjadi PM dan PH kekal berkuasa. Cuma mungkin hanya lambat sedikit saja. Jadi ketika itu, PPBM bukan saja kehilangan kerusi PM, malah semua kerusi MB.

Hakikatnya, kerusi MB Johor, Perak dan Kedah datang bersama kerusi PM yang disandang PPBM dalam PH. Tanpa kerusi PM, hilang semua daya rundingan PPBM. Jadi, tiada apa yang lebih penting daripada memegang jawatan PM bagi parti baru seperti PPBM.

Oleh itu, krisis politik yang berlaku hanyalah satu permainan survival politik.

Mereka yang tidak sebulu dengan Anwar, dan terfikirkan masa politik gelap di bawah Anwar, mengambil keputusan melakukan sesuatu untuk terus hidup.

Kerajaan PH sememangnya goyah, terutamanya selepas Pilihan Raya Kecil Port Dickson diadakan secara pintu belakang untuk membolehkan Anwar kembali ke Parlimen.

Sejak itu, berita yang mendominasi kerajaan PH hanya satu – “bilakah Anwar akan menjadi PM”?

Soalan itu diulang-ulang sehingga menjadi tekanan dalaman kepada PH. Antara mereka yang bertanggungjawab mengulang-ulangnya ialah penyokong Anwar.

Kerana ia diulang-ulang, soalan yang mudah itu berubah menjadi polemik apabila jawapan yang seringkali tidak sama diberikan Mahathir.

Jika dilihat daripada konteks lebih besar ialah PKR kem Anwar, DAP dan Amanah sedang mengasak PPBM melepaskan jawatan PM kepada PKR. Daripada polemik, ia bertukar menjadi satu ancaman politik.

Di mata rakyat, jelas kerajaan PH terbelah kepada dua, kem yang menyokong Mahathir untuk terus menjadi PM dan kem yang menyokong Anwar bagi menggantikan Mahathir sebagai PM secepat mungkin.

Kerajaan ini dilihat tidak dapat berfungsi dengan baik kerana hampir setiap masa soalan “Bilakah Anwar akan menjadi PM?” menjadi berita terbesar kerajaan PH.

Bukan itu saja, tindakan saling menyerang sesama menteri sendiri, saling mengutuk ahli Parlimen sendiri sehinggakan ada menteri PKR menyaman menteri PKR di dalam Kabinet sama terus merudum keyakinan rakyat terhadap kemampuan kerajaan PH untuk terus mentadbir.

Akhirnya PH berpecah. PKR juga berpecah. Nasi sudah jadi bubur bagi PKR kem Anwar.

Hakikatnya, krisis politik ini menyebabkan PPBM bertambah kuat dengan kemasukan kem Azmin Ali.

Krisis ini juga menyebabkan PPBM dilanda masalah dalaman antara mereka, tetapi tidak sampailah parti berpecah dengan ada yang keluar parti.

Beberapa kerusi MB mungkin terjejas, tetapi tiada yang lebih penting daripada kerusi PM tetap kekal di tangan PPBM. Perkara ini rasanya Mahathir tidak marah.

Yang Mahathir marah cumalah kerisauan mereka yang didakwa mencuri diberikan tempat di kerajaan diterajui PPBM. Itu saja yang perlu diselesaikan Muhyiddin. Jika ia dapat diselesaikan dengan baik, maka Mahathir akan tumpang gembira senyap-senyap di hati.

TIMMY SAY

MR :  Anwar makin berduka lara..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


11 ulasan:

  1. Ulas lah menurut pemikiran dari fahaman sempit penulis.

    Yg pasti mengambil bukan hak nya adalah bathil @ khianat.

    Neraka lah jawabnya.

    Ingat bukan seorang yg mengundi ph.

    Lebih 7 juta pengundi.

    Jawablah diakhirat kelak ??

    Didunia boleh raikan kejayaan ini.
    Diakhirat nnti 7 juta orang akan minta pertanggungjawaban didepan Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menang dgn menipu rakyat. Berjanji sesedap rasa...ke syurga kah mereka!!!

      Padam
    2. Ulasan bodoh penulis.politik kotor.

      Padam
  2. Agama Islam sering diperlekehkan dibawah PH..love u Tun
    *Siapa marah kena jual

    BalasPadam
  3. Rancangan tun mahathir slalu berjaya. tun mahathir nasibnya baik di malaysia apa yg diinginkan jadi kenyataan banyak2 buat rancangan siapa tau berhasil lagi

    BalasPadam
  4. Perdana menteri yang berkeliber Dan menteri menteri yang Cekap
    Dan bersih akan memacu negara Malaysia kearah hala tuju yang jelas jauh kehadapan dengan cemerlang. harapan setiap rakyat yang waras Dan berjiwa tenang.semoga majulah malayasia negara tercinta.makmur Dan sejahtera.

    BalasPadam
  5. Aku ingin mencadangkan mana2 parti yg gagal menunaikan apa2 yang terkandung dalam manifesto nya yg jelas maka status samada adun atau mp nya dibatalkan.
    Contoh yg jelas ialah:
    1. Hari ini menang (angkat sumpah jadi pm/kerajaan) harga minyak turun sekian sekian banyak.
    2. Hari ini menang (jadi kerajaan) pptn hapus.

    3. Dll yg sepertinya.

    Dah tiba masanya pengundi dilindungi dari penipuan kering macam tu.

    BalasPadam
  6. Negara tanah air,tanah ada tuan,menegur menguruskan saja,tanah nak tanam ape,itu maneger punya rancangan,sekali tuan tanah guna kuasa Vito,maneger dah tak boleh buat ape,kena ingat tanah ada tuan.

    BalasPadam
  7. Sesedap rasa berjanji akhirnya tersungkur jua,itulah yg terjadi dgn
    ph.
    Tapi pengajaran diambil oleh pakatan National,tak mahu mengulangi apa yg terjadi dgn PH.Namun adakah PN telah mempelajari itu semua supaya kerajaan mendatang lebih kukuh.wahai kerajaan PN
    ,Anda jangan lupa akan Anak anai-anai tak pernah mati dimalaysia ini,ia sentiasa hidup n mengintai dimana untuk ia menyusup,mengunyah structure tiang,galang serta dinding kerajaan yg bermajoriti melayu islam.jangan terlalu ghairah membentuk menteri yg kononnya bersih lulus sensor dari yg bertanggung jawab menganalisa,tanpa mengambil kejadian sejarah lama ttg ketuanan beraja,tanpa mata hati dan perasaan yg kamu setiap masa diintai oleh musuh melayu Islam dan raja raja,,tak mustahil sejarah akan berulang dgn lebih sofiscated dan bersistematik,,,

    BalasPadam