Header Ads

ads header

Flash News

Khalid Samad terus meroyan kat Twitter



Walau apa-apa pun dia tak tahu, kali ini dia cuba claim kredit bahawa peningkatan dalam keputusan peperiksaan SPM 2019 adalah bukti bahawa kerajaan PH dahulu bagus.

Apa yang Lid tak faham ialah pada tahun 2013, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah dilancarkan sebagai sebahagian dari program Transformasi Negara di bawah kerajaan BN masa saya PM.

Masa itu, PH mengecam pelan ini kerana mendakwa kos rundingan pakar-pakar antarabangsa yang digunakan dalam proses mewujudkan Pelan ini adalah terlalu mahal.

PH tuduh BN membazir duit rakyat RM20 juta (masa itu Menteri Pendidikan ialah PM8):

"24 Sep 2013: RM20m consultancy fees for National Education Blueprint a waste, says MP"
https://www.malaymail.com/…/rm20m-consultancy-fees-f…/531077

Tetapi kita tetap bertegas untuk melakukan transformasi pendidikan nasional demi masa depan negara.

Apakah kos RM20 juta untuk pakar antarabangsa jika ianya melibatkan masa depan satu generasi anak muda negara?

Oleh kerana pelan ini amatlah bagus dan menyeluruh, ia diteruskan oleh kerajaan PH selepas PRU14.

"PPPM 2013-2025 diteruskan, ubah suai ikut keperluan"
https://www.bharian.com.my/…/pppm-2013-2025-diteruskan-ubah…

Apa yang Lid tidak tahu juga ialah kecemerlangan keputusan SPM setiap tahun adalah diukur mengikut Gred Purata Nasional (GPN).



GPN lagi rendah, lagi elok.

GPN
2015 (BN): 5.15
2016 (BN): 5.05 (turun 0.10)
2017 (BN): 4.90 (turun 0.15)
2018 (BN): 4.89 (turun 0.01)
2019 (BN): 4.86 (turun 0.03)

GPN yang bertambah baik setiap tahun jelas menunjukkan bahawa Pelan Transformasi kerajaan BN dahulu terbukti berkesan.

Namun kemajuan GPN pada masa rejim Gagalkrasi PH menjadi jauh lebih perlahan berbanding tahun-tahun sebelumnya di bawah BN.

Kalau nak claim kredit pun, Lid perlulah bijak sedikit.

Lagi baik Lid claim bahawa keputusan SPM bertambah baik tahun lepas adalah hasil dari kasut putih ditukar menjadi kasut hitam.

MR :  Kena lagi... PH ni mana ada fakta... kerja dia orang serang peribadi aje..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan