Header Ads

ads header

Flash News

Khalid Samad didesak minta maaf kepada Agong


PETALING JAYA: Seorang bekas menteri Kabinet yang bersepakat dengan kerajaan Perikatan Nasional membidas Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad atas kata-kata yang menurutnya hampir mempersoalkan kredibiliti Yang di-Pertuan Agong.

Redzuan Yusof berkata ucapan Khalid pada satu ceramah baru-baru ini selepas Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah perdana menteri juga menganginkan istana mengamalkan pilih kasih kaum.

“Siapa Khalid untuk mempersoalkan perlembagaan?” kata Redzuan, bekas menteri pembangunan usahawan.

“Dia tidak boleh melemparkan keraguan ke atas kredibiliti Agong. Khalid Samad harus minta maaf,” katanya kepada FMT.
Redzuan Yusof
Khalid dalam klip video yang tersebar di media sosial mendakwa Pakatan Harapan, yang menamakan Anwar Ibrahim untuk memimpin kerajaan baru, mempunyai bilangan secukupnya.

“Tapi Agong tak yakin. Kerana apa? Kerana 100 lebih itu, hanya dalam 40 sahaja orang Melayu dan yang bukan Melayu 60 lebih,” katanya pada satu ceramah Khamis lepas.

Sebelum ini dilaporkan kira-kira 2/3 ahli Parlimen yang menyokong PH adalah bukan Melayu.

Ketika PH menamakan Anwar sebagai perdana menteri, gabungan itu ada sekurang-kurangnya 92 ahli Parlimen dari DAP, PKR, dan Amanah. Daripada jumlah tersebut, 59 bukan Islam, sementara hanya 33 Melayu/Islam.

Redzuan berkata Muhyiddin ada lebih dari cukup akuan berkanun yang menyokongnya sebelum bertemu Agong.

Ucapan Khalid juga mengundang kritikan daripada bekas perdana menteri Najib Razak, mengatakan bekas menteri Wilayah Persekutuan itu “tidak bertanggungjawab”.
“Ia boleh menghasut bukan Melayu membenci Yang di-Pertuan Agong.”


MR :  Tak ada yang nak report polis atau saman aje..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Salam. Wahai sekalian AHLI PARLIMEN(MP) yang beragama ISLAM di Malaysia.., wahai sekalian MP parti PKR yg beragama ISLAM, wahai MP parti BERSATU yg beragama ISLAM, wahai MP AMANAH yg semuanya beragama ISLAM ,wahai MP parti PAS & UMNO serta PERIKATAN NASIONAL..., wahai sekalian MP beragama ISLAM BERTAQWALAH KEPADA ALLAH. Utamakan agama ISLAM. Marilah MP2 ISLAM menyokong kerajaan yg mengutamakan ISLAM dan bertoleransi dgn agama2 lain di Malaysia. Tolonglah agama ALLAH(ISLAM) dengan menyokong PERDANA MENTERI KE-8 yg dilantik oleh YDPA. Marilah sekalian MP(Ahli Parlimen) beragama Islam bersatupadulah sekalian MP dan ahli politik beragama ISLAM dengan berjemaah memuliakan menjunjung ISLAM. ISLAM akan kuat didalam PARLIMEN sekiranya semua MP beragama ISLAM bersatupadu menyokong PM ke-8 dan masyarakat ISLAM akan kembali bersatupadu. Musuh ALLAH akan berpecahbelah berceraiberai kerana Sekalian umat ISLAM bersatupadu diatas 2 kalimah SYAHADAH. ALLAH MAHA BIJAKSANA LAGI MAHA BERKUASA DI ATAS SETIAP SESUATU DI DUNIA INI. آمين...آمين...آمين يارب العلمين

    BalasPadam