Header Ads

ads header

Flash News

Kebodohan Macai PH terlodeh, Tuan Ibrahim menjelaskan Pembalakan Kelantan ada sijil ISO berbanding dengan negeri lain


Menteri Alam Sekitar yang baru, Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini mempertahankan kegiatan pembalakan di Kelantan.

Tuan Ibrahim, yang memulakan tugas di kementerian itu hari ini, diminta memberi pandangan berkenaan kritikan terhadap kegiatan itu di negeri yang ditadbir PAS itu.

“Kalau tengok Kelantan, dia dapat sijil ISO berbanding dengan negeri lain yang langsung tak dapat.

“(Kritikan) sebahagiannya kerana sentimen pembangkang,” katanya yang merupakan timbalan presiden PAS.

Kerajaan kelantan sebelum ini dihujani kritikan kerana membenarkan kegiatan pembalakan yang antara lain menjejaskan kehidupan masyarakat Orang Asli di Gua Musang serta dikaitkan dengan pencemaran sungai di negeri itu.

Tuan Ibrahim membangkitkan sektor perlandangan, khususnya penamaman durian Musang King, yang menurutnya menjadi punca pencemaran sungai.

“Sebenarnya bukan isu balak saja, isu sekarang ini perladangan dan sebagai contoh, beribu ekar (ladang) Musang King yang kita kena tengok.

“Sungai kita, saya serius soal sungai….(Musang King) telah jadi punca pencemaran sungai,” katanya lagi.

Terdapat seluas 72,000 hektar ladang durian di Malaysia pada 2017.

Menurut The Star pada 2018, kira-kira 1,200 hektar kawasan berhampiran hutan simpan di Pahang yang menjadi habitat harimau Malaya - yang merupakan spesies terancam - dijadikan ladang durian Musang King.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata beliau akan meneruskan dasar-dasar baik yang dilaksanakan oleh kerajaan PH.

Katanya, Kementerian Alam Sekitar akan meneruskan rancangan untuk membentang Rang Undang-Undang (RUU) Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan di Parlimen, serta menghantar pulang baki 84 kontena sisa plastik haram yang dibawa masuk ke Malaysia, ke negara asal.

Pada masa sama, beliau berkata kementerian itu belum menerima Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) daripada Lynas bagi kemudahan pelupusan kekal (PDF) untuk sisa penulenan air larut lesap (WLP) di Bukit Ketam, Kuantan.

Terdahulu, Lynas berkata kerajaan Pahang membenarkan kawasan itu digunakan untuk PDF bagi sisa radioaktif.

Tuan Ibrahim juga berkata, pihaknya akan meningkatkan penguatkuasaan terhadap pembakaran terbuka ketika musim kemarau, yang dijangka bermula dua minggu lagi.

Dijangka sejumlah 14 hingga 15 agensi akan diletakkan di bawah Kementerian Alam Sekitar, antaranya Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia.

MR :  Kan terkena, nak bercakap faham dulu alam sekitar.. ingat lebai tak tahu.. bodoh macai PH


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


14 ulasan:

  1. Kebergantungan kepada balak boleh dikurangkan bila kerajaan Kelantan diberi sumber alternatif seperti geran pembangunan,royalti minyak dan gas atau seumpamanya. Tuduhan pencacai ph yang mengatakan banjir berlaku di Kelantan kononnya akibat pembalakan adalah satu andaian serta pembohongan, bila mana Pulau Pinang dan Selangor yang tiada pembalakan juga turut dibaham banjir. Kerosakkan hutan akibat pembalakan tidaklah seteruk hutan yang digondol untuk pertanian,membina empangan serta pembangunan yang lain. Hanya pihak yang bodoh sahaja tidak mengambil manfaat hasil balak kerana dinegara barat juga mereka membuat pembalakan walaupun ada yang menyalahkan negara lain kerana membalak .Isunya bukanlah kerana alam sekitar tetapi hanya kepentingan perlindungan atau persaingan ekonomi semata mata. Memang tidak dapat dinafikan hutan memainkan peranan penting dalam kitaran ekosistem seperti kawasan tadahan hujan,penghasilan oksigen dan lain lain, tetapi yang lebih penting ialah bagaimana hutan itu diurus untuk manfaat ekonomi serta kaedah pulihara secara berkesan. Golongan orang tua dahulu peka dengan pulihara hutan,apabila mereka menebang balak untuk dibuat tiang atau papan,mereka tanam pokok durian sebagai ganti yang kemudiannya, anak cucu mereka dapat merasa hasil dari orang orang yang terdahulu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagi la apa2 pon kt kelantan tu duit xkan sampai kt rakyat cntoh dh ada ape lgi nk dinafikan beli mecedes sbb keselamatan dia ckp.. Hahaaa lobai yg ckp tu.. Tu nama dia ikut kehendak bkn lgi keperluan.. Klu nk pakai nama islam ikut la betul2 ajaran islam.. Sbb tu la org ckp penunggang agama.. Kena dkt dia blh klu dkt org lain bkn main lgi kluar mcm2 dalil2 hadis2 yg mbolehkan dia buat walaupon dalil2 hadis2 tu amik separuh jer..buat la benda baik2 pulak jgn dok tunggang sgt.. bonus 50k tu blh mtk lgi klu xcukop..������

      Padam
    2. W Msalahnya kereta mecedes tu dh beli msa blum dpt duit 400 juta pn.kau xtau cter jgn dok fitnah

      Padam
  2. mase jd keraJaan pun ph xleh nk buat ape psal isu ni...
    skrg tibe macai2 bebal mnyondol..

    BalasPadam
  3. Rukun sokong PH ialah Mesti BODOH. Mohon terasa

    BalasPadam
  4. Sijil ISO nama apa dan ISO no berapa...jgn cakap asal ader sijil ISO tapi tak jelas..tolong bagi tahu

    BalasPadam
  5. Saiz balak sebesar batang pinangpun ikut ISO...bagus la ..siapa yg bodoh ???.. lebai nak menipu rakyat Kelantan pun tak percaya inikan orang luar...kita lihat apa lagi pembohongan nya.

    BalasPadam
  6. Lagi hancurlah hutan Kelantan selepas ini dengan IFO kerajaan pas Kelantan...

    BalasPadam
  7. tq rba, gaji x der ke do

    BalasPadam
  8. Sijil ISO tak ada kena mengena dengan perbuatan mencemar alam sekitar. Macam kedai ada sijil HALAL tapi masih menipu pelanggan atau tak bayar cukai. Belajarlah dulu sebelum buta tuli nak pertahan. Nanti orang kata bodoh, marah pulak...

    BalasPadam
  9. Blh pulak dia salahkan musang king... Kahkahkahhh dh xde modai la tu.. Musang king mne ade org tanam tebang tanam tebang.. Kelakar la lobai ni..

    BalasPadam
  10. Buat penulis minda rakyat..apa yg lebai sangap ni londeh kan...londehkan seluar kecik mak kau ke..kah kah kah....musnahkan tanah adat orang asal dapat pengiktirafan dari ISO...Minda pundek...bukan minda rakyat la

    BalasPadam
  11. Kinda rakyat pun bahalol menteri ni pun u turn.

    BalasPadam
  12. Sijil ISO beli,DAP itu kafir, musuh Islam tapi duitnya pemimpin penjual agama sapu licin, habis,,10,256 ekar tanah kat gua musang tu dh beri.pada DAP Perak tu apa ceritanya,,x perlu beritahu rakyat Kelantan miskin .melarat tuu,,dah tanam getah semuanya,,PAS lebih suke mengkayakan cina DAP kafir tu yer,,darimembantu rakyat Kelantan yang miskin.

    BalasPadam