Header Ads

ads header

Flash News

Kabinet baharu 'tiket' berbaik dengan Tun M


KUALA LUMPUR: Kabinet baharu yang dibentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) mempunyai kurang daripada tiga tahun untuk memulihkan persepsi rakyat dan mendengar aspirasi masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian, berkata pentadbiran baharu yang terhasil daripada gabungan parti politik, termasuk blok pembangkang sebelum ini dihujani pelbagai kritikan, termasuk dakwaan ‘kerajaan pintu belakang’.

Sehubungan itu, katanya, Kabinet PN perlu mempunyai perancangan jangka pendek, sederhana dan panjang untuk mengurangkan defisit keyakinan dalam kalangan rakyat, khususnya apabila komposisi Jemaah Menteri menyaksikan kemerosotan pemimpin bukan Islam jika dibandingkan dengan pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

“Sudah pasti ia menjadi isu (kurangnya pimpinan bukan Islam berbanding PH), jadi bergantung kepada pasukan ini untuk komited melaksanakan agenda negara tanpa menjadikan latar belakang bangsa, agama dan etnik sebagai rujukan.

“Rakyat bukan Islam sudah tentu mengharapkan supaya kerajaan tidak hanya memfokuskan agenda kepada Melayu dan Islam saja, sebaliknya tekad menangani isu membabitkan kelompok rakyat lain di Malaysia.

“Aspek penyampaian oleh pentadbiran PN penting dalam menentukan kelangsungan kerajaan ini menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang kini berbaki kurang daripada tiga tahun,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Jika termasuk jawatan Perdana Menteri, pemimpin bukan Islam yang dilantik menyandang jawatan menteri dan timbalan menteri dalam Kabinet PN, masing-masing adalah lima dan 12 orang, daripada keseluruhan 70 kekosongan.

Menyentuh perkembangan pergolakan politik, Sivamurugan berkata, kebijaksanaan percaturan Perdana Menteri dalam merangka barisan Jemaah Menteri yang bebas daripada sebarang pendakwaan kes di mahkamah, selain diperakui mendapat ‘lampu hijau’ daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin bakal membuka lembaran baharu.

Beliau tidak menolak kemungkinan pertimbangan pembentukan Kabinet yang diumumkan hari ini menjadi ‘tiket’ untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin membaiki hubungannya dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sivamurugan berkata, syarat pentadbiran kerajaan yang ditentukan Ahli Parlimen Langkawi itu dilihat berjaya ditepati, sekali gus bakal meraih manfaat positif ke arah kestabilan politik dan keharmonian dalam kalangan masyarakat.

“Kalau Tun M (Dr Mahathir) yakin dengan pelantikan Kabinet ini, barangkali juga ia akan dapat memujuk Tun M supaya beri sokongan kepada Muhyiddin kerana dalam politik, tiada yang bersifat kekal,” katanya merujuk kepada kemelut melanda Muhyiddin dan Dr Mahathir sebelum ini.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Ya...

    Pancing TUN ke arah kita... biar dia tinggalkan pakatan hancing.

    Bila tun dh crossover... kita buat penjara halimunan kat dia..
    bagi kat dia anugerah.
    Then kita hantar dia ke frontline semula untuk bertempur.
    tapi sorry la... jawatan tak dapat la...
    your just a pawn now..

    BalasPadam
  2. Mudah mudahan PN menjadi umpama pakatan kancil yang cerdik berfikir dan bertindak demi memenuhi aspirasi rakyat,dulu BN di tolak kerana isu GST, PH pula mula ditolak kerana rakyat kena kencing dan bosan dengan kerenah pemimpin PH yang bertelingkah sesama sendiri

    BalasPadam