Header Ads

ads header

Flash News

Imbas Semula: Larang baca ayat Quran: KM Melaka bersuara untuk siapa?


Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari sepatutnya memberikan respon yang lebih neutral atau memilih untuk berdiam daripada menjadi penyambung suara kepada Timbalan Speaker DAP, Datuk Dr Wong Fort Pin.

Selasa lalu, tersebar video suasana tegang ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, apabila Fort Pin tidak membenarkan ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron membaca ayat al-Quran bagi mengakhiri perbahasan.

Berlaku pertikaman lidah beberapa minit antara Idris dan Fort Pin, sehingga ADUN Asahan, Datuk Seri Abd Ghafaar Atan yang mengambil giliran berbahas, campur tangan dengan memberi laluan untuk Idris membacakan petikan ayat al-Quran berkenaan.

Selepas diasak wakil kerajaan dan pembangkang, Fort Pin akhirnya akur dan meminta Idris meneruskan bacaan petikan al-Quran berkenaan.

Bagaimanapun, kelmarin, Adly tampil memberi respon mempertahankan tindakan Fort Pin kerana kononnya untuk menghormati masa yang telah diperuntukkan.

“Kenyataan yang menyatakan timbalan speaker tak menghormati ayat Al-Quran tidak benar dan saya harus perbetulkan, semalam kedudukan utama kita adalah masa.

“Saya beritahu timbalan speaker kita menghormati Al-Quran kerana dia menghormati masa. Masa bagi kita cukup penting. Semalam kita beri masa 13 minit, lebih 3 minit (kepada Idris) daripada orang lain,” kata Adly.

Kesal dengan perkara itu, Ketua Perhubungan Negeri Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Melaka, Ustaz Mohd Khoushaini Mohd Naim mempersoalkan tindakan Adly mempertahankan Fort Pin, berbanding menjaga perasaan majoriti 64 peratus umat Islam di negeri itu.

“Bukankah tindakan biadab Timbalan Speaker itu telah ditegur oleh wakil kerajaan dan pembangkang? Sehinggakan beliau akhirnya terpaksa akur seterusnya meminta YB Sungai Udang, Idris Haron meneruskan bacaan petikan al-Quran berkenaan. Mengapakah perlu dipertahankan lagi?

“Hujah Ketua Menteri menggunakan dalil surah Al-Asr juga tidak tepat, bahkan tidak menafikan kebiadaban Timbalan Speaker yang berkeras enggan memberi kebenaran, sungguhpun YB Asahan memberi laluan memperuntukkan masa sendiri kepada YB Tangga Batu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Serentak itu, beliau berkata, ISMA Melaka menggesa rakyat di negeri berkenaan supaya terus bangkit mempertahankan isu-isu berkaitan umat Islam.

“Jangan kita leka dan tidur lena lagi, sedarlah bahawa agama dan bangsa kita sedang dihina,” katanya.


MR :  Kerja jahat DAP dengan sokongan Melayu Islam yang tamak halabo..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Itulah antara2nya pbuatan yg berlagak di sisi ALLAH..balasan dn Janji ALLAH itu pasti...bgtu juga dgn pbuatan bekas km n konco2 nya bkaitan dgn usaha utk menjarah Pulau Besar di Mka.. sampaikan anak2 tahfiz di Pulau itu tpaksa/dipaksa ditamatkn pengajian Al Quran /dipaksa pindah keluar...
    Dia dn konco2nya lbh tahu dn faham atas apa yg 'mereka'lakukan...
    Jangan berretorik dlm urusan AGAMA ALLAH INI...

    BalasPadam