Hishammuddin Mahu SPRM Tapis Pegawai Di Pejabatnya
PUTRAJAYA – Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menapis semua pegawai di pejabatnya bagi memastikan rakyat yakin akan integriti mereka.
Beliau berkata, tapisan SPRM itu terhad kepada para pegawai yang bekerja secara langsung dengannya manakala bagi pegawai di jabatan lain di Wisma Putra, ia akan berpandukan garis panduan yang dikeluarkan kementerian.
“Saya dah minta SPRM tapis semua pegawai menteri, bukan saja setakat tapis, tapi minta mereka pantau pegawai saya di pejabat menteri.
“Mereka perlu terus tapis agar rakyat yakin. Saya bimbang kadang-kadang ramai bawah kita ni dia buat macam-macam, tetapi akhirnya kita yang memimpin pula yang terpaksa bertanggungjawab untuk menjawab apa jua pertuduhan yang dilakukan oleh pegawai bawah,” katanya pada sidang media di Wisma Putra di sini hari ini.
MR : Langkah yang baik
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tapis jarang lah
BalasPadam