Header Ads

ads header

Flash News

Hari pertama Khairuddin ikrar buka pasaran baru minyak sawit



PUTRAJAYA – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang memulakan hari pertama di kementerian itu berikrar akan memastikan pihaknya membuka pasaran baru dalam bidang itu.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata langkah itu bagi memastikan agar negara tidak terus bergantung kepada pasaran sedia ada sahaja.

“Kita akan cuba lihat pasaran-pasaran baru bukan hanya bergantung kepada pasaran sedia ada sekarang iaitu minyak sawit melibatkan empat negara utama iaitu India, China, Eropah dan Amerika Syarikat.

“Kita akan buka pasaran baru mudah-mudahan ia akan membantu hampir sejuta rakyat Malaysia yang terlibat dalam bidang minyak sawit khususnya,” katanya dalam sidang media selepas melapor diri dan menghadiri taklimat kementerian itu, hari ini.

Hadir sama adalah Timbalan Menteri I, Datuk Wee Jeck Seng dan Timbalan Menteri II, Willie Mongin.

Dalam pada itu, Khairuddin berkata langkah mengadakan rundingan dengan negara luar perlu menjadi fokus kementerian bagi merealisasikan impian untuk membuat pasaran baru dalam usaha untuk mengimport minyak kelapa sawit.

“Pentingnya untuk kita berunding dan saya yakin dengan rundingan pelbagai perkara boleh kita selesaikan kerana rundingan adalah asas kepada penyelesaian masalah.

“Kita boleh hadapi segala masalah, yang penting kami harapkan doa daripada rakyat Malaysia dan wakil kementerian untuk kita pacu bersama,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

MR :  Teruskan Insya-Allah Allah memeudahkan...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan: