Header Ads

ads header

Flash News

Harap kerajaan baru tidak akan mengulangi kebodohan PH


Ini ialah contoh kebodohan rejim PH yang saya sebut tadi.

Selepas PH menjadi kerajaan, mereka hentikan 121 projek diberi masa BN.walaupun projek sudah berjalan.

Selepas projek yang sedang berjalan dihentikan 6 hingga 9 bulan, PH memberi pilihan kepada penerima projek.

Sama ada beri diskaun 5% hingga 10% atau projek akan dibatalkan.

Pada situasi ini, penerima projek terpaksa memberi sedikit diskaun untuk mengelak dari kerugian lagi besar jika projek dibatalkan.

Selepas itu, bekas Menteri Kewayangan PH pun umum dia pandai dan BN boros kerana dia berjaya jimatkan 5.80% (RM805.9 juta) dari projek-projek bernilai RM13.9 bilion.

Raykat yang baca tentang penjimatan RM805.9 juta tanpa menyedari impak sebenarnya turut puji PH pandai.

Pandai apa?

Kerugian kepada syarikat-syarikat tersebut serta sub kontraktor mereka dan nilai impak negatif kepada ekonomi tempatan akibat 121 projek yang sudah berjalan digantung sehingga 9 bulan dan ribuan pekerja dihentikan adalah berpuluh kali ganda lebih besar dari "penjimatan" 5.80% kos projek.

Oleh kerana kerajaan PH dahulu tidak pernah henti bermain politik dan tidak pernah henti mencari kesalahan kerajaan BN dahulu, ekonomi tempatan dijahanamkan.

Lagi kelakar ialah PH langsung tak dapat mengesan apa-apa kesalahan dalam pemberian 121 projek tersebut.

Harap kerajaan baru tidak akan mengulangi kebodohan PH.

Sebab itu, kerajaan baru tidak patut menghentikan projek-projek yang diberi masa rejim PH kerana ini akan memburukkan lagi ekonomi tempatan dan menambah kepada kebimbangan pelabur.

Jika nak siasat pun, siasat semasa projek sedang berjalan atau siasat kemudian selepas ekonomi memulih.

Kerajaan baru perlu pastikan kitaran wang dalam ekonomi tempatan tidak dihentikan dan syarikat-syarikat serta pekerja-pekerja mereka tidak dijadikan mangsa politik.

NAJIB RAZAK



MR :  Pasal banyak kerosakkan pada ekonomi negara seorang senator diperlukan untuk membaik pulih ekonomi Malaysia...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Mudah mudahan negeri pesisiran pantai timur tidak lagi ketinggalan dalam arus pembangunan. Sudah tiba masanya rangkaian lebuhraya karak 2 dan LPT baru di bina untuk menghubungkan Pahang,Kelantan,Terengganu dan Johor. Lebuhraya bukanlah satu projek hangus seperti ECRL yang tidak relevan, kerana kos pembinaan serta penyelenggaraan lebuhraya boleh ditampung melalui jumlah kutipan tol yang semakin meningkat sejajar dengan jumlah kenderaan. Gunakan kaedah yang lestari dan mesra alam sekitar yakni kurangkan kerja kerja menarah bukit serta gunung. Teknologi dari negara luar boleh di guna pakai.

    BalasPadam