Header Ads

ads header

Flash News

Dimana Syed Saddiq ketika Tengku Adnan bergiat dalam perniagaan pada tahun 1980an?



Seorang Melayu yang low profile, berkebajikan dan banyak membantu orang susah. Kaya sebelum jadi menteri vs Kaya selepas jadi menteri..

1. Sebelum Tengku Adnan menyertai kabinet pada 2001, sejak 1980-an lagi beliau sudah kaya-raya sebagai seorang ahli perniagaan dan tokoh korporat.

2. Pada 1984, beliau dan adiknya, Tengku Rethwan menubuhkan syarikat Tadmansori Holdings, kemudian disusuli Tadmansori Hotel Resorts Sdn Bhd.

3. Masih ingat telefon bergerak ATUR? Tengku Adnan melalui syarikat Dancom Telecommunication yang ditubuhkan olehnya pada 1985, telah memperkenal telefon selular generasi pertama di Malaysia, yang dinamakan Dancall.

4. Dalam tempoh 1980-an sehingga 1990-an, selain syarikat di atas Tengku Adnan meraih kekayaan (kepentingan langsung dan tidak) melalui Poon & Tengku Holdings, DeTas Holdings, Gagasan Baiduri, Hyumal Motor, Berjaya Air Charter, Berjaya Industrial, Tast Trading, EMC Logistic, UNZA Holdings, Top Groups Holdings, Quasar Carriage, Inokom dan Mutiara Telekom (Digi), Hyundai dan sebagainya - dan pada 1992 beliau telah disenaraikan sebagai antara taikun terkaya Malaysia.

5. Pada 2001, pertama kali memasuki kabinet sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, aset beliau diisytiharkan sebanyak RM938.6 juta.

6. 15 tahun selepas itu, pada 2016, asetnya susut, menjadikan jumlah RM782.7 juta.

7. Tengku Adnan ialah tokoh korporat yang kemudiannya menjadi menteri. Sebaliknya, bagaimana pula dengan menteri yang kemudiannya bergelumang dengan dunia korporat? Kami paparkan situasinya pada tahun 1990-an.

8. (Prof Dr) Edmund Gomez dan (Prof Dr) Jomo KS, dua ahli akademik ekonomi menyenaraikan ahli-ahli politik dan tokoh korporat (kroni dan ahli keluarga) yang mempunyai pegangan dan jawatan dalam syarikat terkemuka, meraih kekayaan melalui jalan politik (Rujuk gambar 1 dan 2).

9. Turut didedahkan ialah bagaimana pengambil alihan MUI Bank oleh Hong Leong Bank mendapat kelulusan segera pada 1993 daripada Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim, bahkan mendapat pengecualian Akta Bank dan Institusi Kewangan iaitu pada bahagian pemilikan syer bank maksimum 20% per individu. (Rujuk gambar 3)

10. Anwar menyertai kabinet pada 1983, daripada asal sebagai seorang aktivis, bukan orang berniaga.

11. Akan tetapi, pada penghujung 1999, negara digemparkan dengan pengakuan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid yang mendakwa beliau mengendalikan 20 akaun induk Anwar bernilai RM3 bilion yang terdiri daripada aset, saham dan wang. (Rujuk gambar 4)

12. Meskipun diberitakan Badan Pencegah Rasuah (BPR) menutup kes, 13 tahun selepas itu, Murad masih bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa. (Nota, sehingga kini, Murad masih belum dikenakan tindakan undang-undang atas dakwaan itu.)

13. Semalam Anwar persoal dari mana Tengku Adnan dapat kekayaan.

14. Bekas Menteri Belia,Syed Saddiq, yang lahir pada tahun 1992 itu juga mempertikai kekayaan Tengku Adnan.

15. Jika aset Tengku Adnan semakin berkurangan selepas menjadi menteri, kita tanyakan kepada Syed Saddiq serta bekas menteri PH yang lain - selepas dua tahun, aset makin bertambah atau kurang?

-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-

Budak budak politik baru nak up jakun tengok Ku Nan tu kaya aset beratus juta?😅

Iphone, Dyson dan Beats..

3 jenama terkemuka dunia ni di Malaysia.. Korang pakai Iphone jenama Apple kan? Headphone Beats keluaran Dr. Dre dan Vacuum branded jenama Dyson..

Kau semak pulak syarikat nama DANCOM, mereka pengedar utama barang barang tu.. Dah wujud sejak tahun 1985.. Nak kata mustahil ke Ku Nan tak pandai cari empire beliau sendiri ka? 😂😝

-----------------
Sumber:

Edmund Terence Gomez, 2002. Political Business in East Asia. Routledge: London

Edmund Terence Gomez & Jomo KS, Edisi Kedua, 1999. Malaysia's Political Economy: Politics, Patronage and Profits. Cambridge University Press: UK.

http://lib.perdana.org.my/…/2…/2001pz/tengku%20adda%20pm.pdf
https://www.sinarharian.com.my/…/Anwar-persoal-dari-mana-Ku…
https://web.archive.org/…/dancom.com…/About/At-A-Glance.aspx
https://www.hmetro.com.my/…/tengku-adnan-jawab-dakwaan-tun-m

Mohd Fauzi

MR :  Apabila PH memainkan psywar dan persepsi mengubah dan menanipulasi maklumat/berita rakyat menjadi celaru dan mudah dikencing


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Sebab dibkaya raya lah atuk tarik ku nan dlm politik sbab nak mudah dpat seponse.alsidiki apa dia tahu kawin pun dak lagi.dasi satu dunia pusing ambik mana duit.dulu kata atuk anak beranak byak harta suruh sprm siasat lah kenapa x sebut mana madey anak beranah pungah.

    BalasPadam