Header Ads

ads header

Flash News

Di sebalik lantikan agamawan dalam jawatan profesional


PERTAMANYA, tahniah di atas pembentukan Kabinet baharu. Saya cukup yakin dengan figura-figura yang dilantik. Moga mendapat rahmat Allah S.W.T.

Uniknya kali ini, pertama kali mungkin dalam sejarah, seorang mufti dilantik menjadi menteri (portfolio agama) dan mereka yang bergelar ustaz memegang jawatan menteri profesional (Alam Sekitar dan Perladangan Komoditi.

Figura-figura itu adalah Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ustaz Dr Khairudin Aman Razali.

Ramai yang sinis apabila mereka yang bergelar ustaz diberikan tanggungjawab menjaga kementerian, yang kononnya ‘tidak ada kaitan dengan agama’.

Walhal, dalam agama, semua perkara telah sedia ada. Sebab itulah Islam disebut sebagai ‘way of life’, atau satu cara hidup, bukan agama semata-mata.

Ia termasuk perkara berkaitan dengan alam sekitar, sains dan teknologi, pertanian, langit, bumi dan segala isi alam.

Pendek kata, Islam adalah cara hidup. Semua perkara berkaitan dengan kehidupan di dunia dan di akhirat itulah Islam.

Islam bukan terhad kepada surau dan masjid, puasa dan zakat, umrah dan haji, ceramah dan tazkirah serta lain-lain.

Islam adalah ilmu yang berkaitan dengan semua aspek kehidupan.

Maka tidak perlulah aktivis alam sekitar yang berambut gondrong merasa risau dan mengeluarkan kenyataan, apabila orang agama memegang kementerian alam sekitar, habislah dunia ini.

Apakah selepas ini alam sekitar akan tercemar apabila orang agama memegang portfolio itu? Tidak sama sekali.

Ketika orang profesional memegang portfolio itu, adakah alam sekitar terpulihara? Sebab itu jangan bersangka buruk. Taubat banyak-banyak.

Untuk maklumat aktivis alam sekitar, agama Islamlah yang paling champion (juara) dengan perkara berkaitan alam sekitar.

Hatta, dalam perang sekalipun, Islam suruh menjaga beberapa perkara, jangan musnahkan alam sekitar, jangan bunuh kanak-kanak, jangan bunuh wanita dan orang tua, meskipun bukan Islam, serta jangan musnahkan rumah ibadat orang bukan Islam.

Sebab itu tidak perlu risaulah ya, perempuan berambut gondrong.

Jika negeri Kelantan dilabelkan sebagai ‘kotor’, jangan salahkan agama atau orang agama, tetapi salahkan individu yang tidak menjaga kebersihan.

Begitu juga jika berlaku ‘keganasan’ yang dilakukan oleh orang Islam, jangan salahkan Islam, salahkan individu yang tidak memahami Islam sehingga melakukan keganasan.

Pendek kata, keganasan juga tidak kurang hebatnya dalam kalangan orang Hindu, Kristian, Budha dan sebagainya.

Adakah kita mahukan menyalahkan agama anutan mereka?

Sudah tentu tidak, tetapi individu yang tidak memahami kehendak agama.

Begitu juga dengan pelantikan Mufti sebagai menteri agama.

Saya merasakan bahawa pelantikan itu sangat tepat.

Mufti Wilayah Persekutuan oleh kawan dan lawan. Berperwatakan lembut, penuh hikmah.

Pada pendapat saya, jika kerajaan berubah kepimpinan sekalipun, mufti ini tidak akan dipecat, tetapi beliau tetap kekal kerana sifatnya yang penuh hikmah dan menepati kehendak Islam.

Malah, tidak mustahil juga sekiranya mufti Zulkifli, dengan pencapaian yang memberangsangkan akan diberikan portfolio yang lebih mencabar seperti Kementerian Belia dan Sukan atau kementerian lain yang bersesuaian.

Poftfolio sebegini diberikan untuk menunjukkan bahawa Islam tidak menentang apatah lagi mempunyai masalah dengan sukan, tetapi arena sukan perlulah mematuhi syariat.

Tidak mustahil arena sukan akan terus menyerlah sekiranya ustaz menerajui Kementerian Belia dan Sukan. Rahmat Allah S.W.T siapa tahu. Janji ikut syariat Islam dan bukan sebaliknya.

Takkan tidak ambil iktibar daripada menteri agama sebelum ini?

Sebab itu janganlah terlalu bersangka buruk jika orang agama menerajui kementerian profesional.

Perempuan berambut gondrong dan berwarna-warni perlu memahami perkara ini. Jika tidak faham lagi, mari saya jelaskan.

Berilah peluang kepada Kabinet baharu ini untuk membuktikan bahawa mereka boleh melakukan kerja-kerja yang diamanahkan.

Jika tidak berjaya, kita boleh tukar. Jangan gaduhlah, dan jangan risau.

Saya amat yakin pelantikan mufti sebagai menteri agama mempunyai berkait rapat misi dan visi Perdana Menteri untuk menyatukan umat Islam yang terlalu banyak berpecah.

Mufti berkenaan sebagai yang saya sebut di atas, disenangi kawan dan lawan.

Saya yakin mufti tidak akan banyak berpolitik. Saya amat yakin setiausaha politik, yang menjadi kuota setiap menteri, turut tidak akan berpolitik.

Tetapi peranan yang lebih besar untuk menyatukan umat Islam yang terlalu berpecah. Selain memahamkan khalayak terhadap agama Islam sebagai agama rahmah.

Tidak mustahil konsep rahmatan lili alamin juga akan dikekalkan, tidak akan diubah.

Cuma pendekatannya diubah supaya tidak terlalu liberal seperti terdahulu.

Akhirnya, saya ucapkan tahniah kepada semua menteri yang dilantik.

Jagalah ia dengan baik dan penuh amanah, kerana saya amat yakin, Islam mahukan yang terbaik.

Memang ada rona, onak, duri dan berbagai cabaran lagi, laluilah dengan penuh rasa dan tawaduk dan tawakal kepada Allah S.W.T. Yakinlah, jika kamu tolong Allah S.W.T, nescaya Allah S.W.T juga akan tolong.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

MR :  Mereka akan membentuk imej Islam, sekiranya gagal orang akan melihata gagal orang agamawan dalam politik


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Puak munafik liberal dan puak kafir harbi tidak redha kepada agama Islam, ulama Islam dan umat Islam kerana musuh Islam ini mahu menyesatkan dan memurtadkan umat Islam.

    Oleh sebab itu umat Islam WAJIB menolak musuh Islam ini.

    BalasPadam
  2. yang pasti... setelah 40 tahun ...kini akhirnya... PAS kembali ke pentas utama.
    Semoga allah s.w.t mempermudahkan urusan kalian, tetaplah berpandukan al-quran dan Sunnah, nescaya kita tidak akan karam.

    Insyaallah PRU 15 ni bertambah la calon parlimen dari PAS.

    Take it slow, tak perlu gelojoh... kita potong tang konar..heheh

    BalasPadam