Header Ads

ads header

Flash News

DAP Sarawak menghasut rakyat Sarawak dan membuat tohmahan jahat kepada UMNO-PAS


KUCHING: Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Chong Chieng Jen mendakwa UMNO dan PAS yang mengetuai kerajaan persekutuan yang baharu tidak akan ‘berbuat baik’ kepada Sarawak.

“Adalah kurang bijak dan tidak masuk akal apabila berpendapat UMNO dan PAS yang mengetuai kerajaan persekutuan akan berbuat baik kepada Sarawak.

“Tiada dana malah jika jumlahnya ditambah, boleh membayar kemusnahayang dilakukan oleh perikatan itu ke atas asas struktur dan sistem sosial negara,” katanya dalam kenyataan akhbar semalam.

Chong berkata demikian sebagai mengulas barisan kabinet persekutuan yang baharu - Perikatan Nasional (PN) + Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diumumkanPerdanaMenteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata skandal amalan rasuah UMNO, dengan jelas dapat dilihat dalam kes 1MDB dan kenyataan popular di mahkamah ‘RM2 juta hanya wang saku saya’ .

“Itulah sebab pengundi memilih menolak BN (Barisan Nasional) pada 2018. Ia ditolak oleh rakyat Malaysia dan Sarawak yang menentang rejim rasuah.

“Apa yang dilakukan GPS (Gabungan Parti Sarawak) sekarang, menyokong kerajaan UMNO PAS tidak hanya membolehkan rejim rasuah ini kembali berkuasa tetapi pada masa sama meletakkan pentaksub agama dalam kuasa,” ujarnya.

Chong berkata semua itu bertentangan dengan kepentingan dan hak Sarawak.

“Terima kasih kepada GPS, PAS kini dalam kerajaan persekutuan dan berada dalam kabinet, yang akan membuat keputusan berhubung dasar-dasar umum dalam negara.

“Ini sudah tentu akan memberi ancaman kepada sekularisme Perlembagaan Persekutuan serta struktur sosial Sarawak,” ujarnya.

Ahli Parlimen Stampin itu menambah, tiada cara lagi untuk GPS dapat melindungi Sarawak daripada dasardasar dan undang-undang dikuatkuasakan oleh kerajaan persekutuan.

“Sebagai contoh pendidikan anak-anak kita, sistem penjagaan kesihatan, sistem kewangan, ekosistem perniagaan, semua ini aspek penting dalam kehidupan harian kita dan semua ini tertakluk kepada input-input dan ideologi menteri-menteri PAS dalam kabinet.

"Oleh itu, semua dakwaan GPS, iaitu berjuang untuk hak Sarawak hanya satu penipuan kepada rakyat Sarawak, apabila ia menyokong seterusnya menjadi sebahagian daripada kerajaan yang akan berkompromi dengan asas struktur sosial Sarawak,” ujarnya.

Chong mendakwa pada 1976, GPS di bawah BN sebelum ini telah menyerahkan hak-hak Sarawak dari segi sumber minyak dan gas asli.

“Kali ini GPS telah melakukan ketidakadilan lebih hebat kepada rakyat Sarawak dengan meletakkan PAS dalam kerajaan persekutuan,” katanya.

MR :  Celaka DAP, itu sifat mereka kerana masyarakat Cina adalah penduduk terbesar di Sarawk mereka angkuh


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Di Sarawak dulu banyak komunis.. ada di bandar dan ada dihutan.. dan selepas pengampunan byk komunis2 tadi tinggal dibandar2 dan walaupun pehak kerajaan pada masa tu menyebut mereka nih sbgai bekas komunis akan tetapi sebetulnya mereka masih komunis yg bertukar pakaian seragam jer..

    Sepatutnya semua komunis dihalau keluar supaya ianya tidak menjadi duri dalam daging dalam masyarakat.
    Halau semua tak kira berapapun jumlah mereka.. dan jangan hiraupun apa yg konon humanrightgroup nak kata...
    Musuh negara tidak seharusnya dibiarkan berada dalam negara malah harus disikat cari dan dihapuskan semuanya.

    BalasPadam
  2. Dibawah Kerajaan PH dan dibawah kawalan KUASA Parti DAPlagi malang rakyat Sarawak..segala mcm peruntukan disekat rakyat terhimpit dgn bebanan kos sara hidup malahan hutang negeri dipaksa bayar tapi peruntukan dibekukan.siapa lebih kejam.?? Zaman pemerintahan BN walau pun terdapat Pemimpin yg korupsi tetapi peruntukan utk Sarawak tetap ada melimpah ruah rakyat terbela tapi bila PH ambil alih Kerajaan Pusat semuanya hancur musnah. Fikir2 kanlah wahai rakyat Sarawak dan juga rakyat Sabah..

    BalasPadam