Header Ads

ads header

Flash News

Cabaran sukar PAS untuk imbangi tindakan, kata penganalisis


PETALING JAYA: PAS berdepan cabaran sukar dalam mengimbangi tindakannya apabila pemimpin parti Islam itu dilantik menganggotai Kabinet semula selepas 4 dekad.

Penganalisis dari Universiti Malaya, Awang Azman Pawi berkata pemimpin parti boleh kata apa saja mereka mahu ketika menjadi pembangkang, tetapi kini mereka perlu “mengubah” cara mereka daripada peringkat tertinggi hingga ke akar umbi.

“Mereka perlu menunjukkan mereka boleh menjadi lebih sederhana dan memikirkan kepentingan negara.”

Katanya, cabaran besar PAS ialah cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, di mana parti itu cuba mendapatkan kelulusan Parlimen.
“Dahulu, mereka mendakwa DAP cuba menghalang usaha mereka, kini mereka berada dalam kerajaan, jika pindaan itu gagal diluluskan, mereka berisiko dilihat sebagai tidak ikhlas atau serius mengenainya.”

Katanya, PAS mungkin dihukum pengundi mereka jika pindaan itu gagal diluluskan.
“Pada masa sama, jika mereka terlalu mendesak untuknya, mereka berisiko mencetuskan perpecahan dalam Perikatan Nasional.”

‘PAS tidak boleh kuasai Kabinet’

Chandra Muzaffar
Pakar sains politik Chandra Muzaffar berkata, walaupun 3 pemimpin PAS dilantik sebagai menteri, parti Islam itu tidak mungkin boleh menguasai Kabinet baru, lebih-lebih lagi ia tidak memegang portfolio hal ehwal agama.

Katanya, Mufti Wilayah Persekutuan, Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang dilantik sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) terkenal sebagai individu yang inklusif, tidak berat sebelah dan berfikiran terbuka.

“Jadi, akan ada batasan untuk PAS mempengaruhi atau menguasai perbincangan agama dalam Kabinet.”

Beliau mendapati Presiden PAS, Abdul Hadi Awang baru-baru in bercakap mengenai keperluan menangani isu dihadapi Sabah dan Sarawak, mengurangkan jurang kekayaan serta rasuah.

Bagaimanapun, katanya, terlalu awal untuk katakan jika ini bermakna PAS akan mengurangkan retorik mereka atau jika parti itu akan menghadapi isu sama yang menyebabkan ia disingkirkan daripada Barisan Nasional pada 1977 disebabkan isu pemerintahan di Kelantan.

“Keadaan berbeza sekarang, jadi ia sukar untuk dikatakan. Apa yang menarik ialah tiada seorang pun dari PAS yang dilantik sebagai menteri kanan.”

Chandra berkata, ia mungkin disebabkan Muhyiddin sensitif terhadap pandangan orang lain terhadap PAS atau jika parti Islam itu menolak jawatan sedemikian, tetapi tanpa seorang menteri kanan daripada kalangan mereka, PAS kurang berkuasa dalam kalangan sekutu Perikatan Nasional.

RUU355 dan tsunami Sarawak

Wong Chin Huat
Wong Chin Huat daripada Institut Asia Tenggara Jeffrey Cheah percaya akar umbi PAS akan mengharapkan parti itu mendesak pindaan bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) yang lebih dikenali sebagai RUU355 memandangkan Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan dilantik sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang).

Bagaimanapun, katanya, ia mungkin menakutkan pelabur, pelancong dan kelulusan undang-undang itu mungkin mencetuskan “tsunami” undi bantahan terhadap Gabungan Parti Sarawak menjelang pilihan raya negeri akan datang.

“Tidak lama lagi PAS akan terperangkap dalam dilema DAP, dilema mengubah pandangan pasaran, menjauhi pendirian radikal ketika menjadi pembangkang berbanding sederhana ketika berada dalam kerajaan, yang akan menimbulkan kemarahan akar umbi.

“Hasil terbaik ialah PAS akan melembutkan pendiriannya terhadap undang-undang syariah, seperti apa yang berlaku kepada DAP selepas 2 tahun berada dalam kerajaan, dan menjadi lebih diterima arus perdana negara.”

Tetapi, katanya, PAS juga boleh menolak dan mengasingkan pengundi sederhana serta tegar.



MR :  Ada pandangan ini tiada seperti yang disangkakan.. bila Majlis Syura membuat keputusan bersama PN ada perkara yang sudah difikirkan baik buruknya..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. hal berkenaan RUU tu hal org islam..
    ekslusif

    dah kenapa cina komen..?
    dah kenapa hindu celup tu komen..?
    dah kenapa korang semua sibuk..?

    majority pemimpin kerajaan baru beragama islam.
    tak cukup lagi ka tu..?
    susah sangat ka nak luluskan RUU tu ..?
    bahlol sgt kah menteri yang lain..?

    menakutkan pelabur abah kau.

    Lagipun.. lebih afdhal begini dulu. PAS tak perlu gelojoh dlm menguasai jawatan.. step by step.
    40 tahun dh PAS tak bersama kerajaan...
    kita rasakan dulu manisnya ... nanti kita tambah madunya.

    kalau sekarang ni dh ada menteri kanan PAS, takut jadi shooting target MP kuat kencing.
    YANG PENTING SEKARANG... kekalkan PAS didalam kerajaan dulu... Kuatkan akarnya.

    BalasPadam
  2. Satu ulasan umpama sampah hanyut yang berasaskan kepada andaian,walhal satu ketika PAS pernah bersama dengan PKR dan DAP tetapi langkah kajang dan nasib yang menimpa MB Selangor ketika itu telah menyebabkan penceraian berlaku. PAS merupakan satu satunya parti yang paling fleksibel dalam politik Malaysia walaupun dimomok dengan gelaran taliban dan lain lain tetapi sikap melampaui batas DAP menentang agenda nasional yang menyebabkan PAS perlu berkeras sebelum kerosakan lebih parah.Satu satunya parti tunggal yang berjaya memerintah paling lama dalam negara ini ialah PAS iaitu di Kelantan

    BalasPadam
  3. Org kelantan lain...semangat kenegerian cukup tinggi...pas atau umno tu x penting..yg penting " sek kito"...org klantan x kesah klntan x mcm selangor...sbb mereka bole dpt kerja dan kecapi kemajuan di luar klntan....mcm bangla..nepal..

    BalasPadam