Header Ads

ads header

Flash News

Bajet dan dasar-dasar rejim "Gagalkrasi PH" sangat short-sighted


Siapa yang merupakan follower FB dan perbahasan saya di Dewan Rakyat tahu bahawa saya telah berulang-kali kritik bajet dan dasar-dasar rejim Gagalkrasi PH kerana ianya sangat short-sighted dan mendedahkan negara kepada risiko yang besar.

Seolah-olah PH tak pernah peduli tentang kestabilan jangkamasa panjang dan masa depan negara.

Antara yang saya sering memberi amaran kepada PH termasuk:

1. Defisit kerajaan dan Perbelanjaan tahunan kerajaan yang meningkat dengan sangat tinggi.

2. Andaian-andaian dalam bajet PH yang sering jauh dari sasaran (seolah-olah mereka main hantam) yang menyebabkan bajet tahunan lari.

3. Menjual aset-aset negara yang memberi pulangan besar secara lambak akan menjejaskan kepelbagaian hasil kepada negara.

Setiap andaian untuk pertumbuhan ekonomi juga salah. Guan Eng unjur kadar 4.9% untuk tahun lepas, kita dapat 4.3%. Dia unjur 4.8% dalam bajet untuk tahun ini tetapi kini telah diturunkan ke 3.2% hingga 4.2%.

3. Kenaikan mengejut kebergantungan hasil kerajaan kepada hasil minyak dan penjarahan berterusan rizab PETRONAS. Saya kata Malaysia akan menghadapi risiko yang besar jika harga minyak jatuh sekali lagi ke bawah USD30 satu tong.

Di bawah Pelan Transformasi Negara kerajaan BN dahulu, antara objektif-objektif fiskal utama termasuk mengurangkan defisit dan nisbah hutang negara dan mengurangkan kebergantungan kepada hasil minyak.

Dan kita berjaya.

Defisit negara dan kebergantungan hasil minyak turun tiap-tiap tahun semasa saya PM.

Mac 07, 2017: Malaysia berani laksana transformasi bagi kurangkan kebergantungan hasil minyak - PM Najib
http://www.astroawani.com/…/malaysia-berani-laksana-transfo…

Kita turunkan defisit negara kepada 2.8% untuk tahun 2018.

Tapi Guan Eng naikkan defisit semula. Sepatutnya defisit negara adalah 0.6% tahun ini tetapi kini dinaikkan ke 3.4% untuk tahun ini.

Kita turunkan kebergantungan minyak dari 41% dari hasil kerajaan pada tahun 2009 menjadi 14% pada tahun 2017.

Langkah ini berjaya dan ekonomi kita tidak lagi terdedah dengan risiko yang tinggi jika harga minyak tiba-tiba turun dengan banyak seperti berlaku pada tahun 2015 dan 2016 di mana harga minyak dunia rendah sehingga hanyaUS$28 satu tong.

Oleh kerana langkah yang kita ambil itu, negara kita terselamat dari krisis pada masa itu.

Tapi Guan Eng naikkan kebergantungan ini menjadi 33% semula pulak dan mendedahkan negara kepada risiko besar.

7 Nov 2018: Kebergantungan negara kepada hasil minyak cetus risiko fiskal
https://www.bharian.com.my/…/kebergantungan-negara-kepada-h…

Sekarang, rizab PETRONAS sudah dijarah RM104 bilion, nisbah hutang negara sudah naik dari 48.7% kepada 53%, defisit negara sudah naik, GST sudah tiada untuk membendung ekonomi gelap, aset negara yang memberi pulangan kepada negara sudah berkurang dan kebergantungan kepada hasil minyak naik semula ke 33%.

Ketika ini, wabak Covid mengancam ekonomi seluruh dunia dan harga minyak dunia sudah merudum ke USD45 dari paras USD60 hingga USD70 masa PH.

"7 March 2020: Harga minyak global merudum, rundingan OPEC gagal"
https://www.bharian.com.my/…/harga-minyak-global-merudum-ru…

Kini ekonomi Malaysia berdepan risiko besar dan kita tidak ada ruang fiskal yang cukup untuk berdepan dengan krisis ini.

Salah siapa sekarang?

Kenapa PH nak merosakkan segala kebaikan dan kelebihan pengurusan fiskal negara pelan transformasi masa saya dan berhasrat untuk menjahanamkan Malaysia.

NAJIB RAZAK



MR :  PH bercakap memang pandai... tapi kerja habuk pun tarakk!!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Mna penyokong babi ph,,,
    Kate org cina pandai meniaga
    Podaaaaah
    Huru hara d buatnye
    Bodoh cina tongsan aka akauntan tak bertauliah,,,
    Habis jahanam semue
    Hoi cina ko bayo blik la kerosakan yg ko buat
    Puihhhhh

    BalasPadam
  2. Smua macai PH dah lari.. Yg jadi bisu pun ramai.. Yg patah jari tak boleh taip pun ada...

    BalasPadam