Header Ads

ads header

Flash News

'You Melayu ke? Saya cakap...- Disoal dalam Bahasa Inggeris, ini jawapan Tengku Razaleigh


TOKOH politik terkenal Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah mencuri perhatian wargamaya apabila menegur seorang wartawan yang bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris.

Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna @ladyarshankaur berkongsi sepotong video sesi temuramah Tengku Razaleigh atau lebih mesra disapa Ku Li bersama pihak media.

“Apabila menemuramah tokoh yang berbangsa Melayu, sila guna Bahasa Melayu. Bahasa jiwa bangsa. Bahasa Melayu telah termaktub di dalam Perlembagaan sebagai bahasa rasmi,” tulis pengguna tersebut menerusi satu kicauan. Menerusi video berdurasi 12 saat itu, seorang wartawan meminta kenyataan daripada Ku Li dalam bahasa Inggeris.

Ku Li kemudian menjawab, “You Melayu ke? I cakap Melayu sahaja,” ulasnya sambil berpaling.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan Twitter, rata-rata wargamaya memuji tindakan Ku Li yang hanya mahu menjawab dalam bahasa Melayu.

Malah, tidak kurang juga ramai yang menyanjung semangat Ku Li dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

“Terbaiklah Ku. Patut menjadi ikutan semua pemimpin,” puji seorang wargamaya.

“Aku sokong walaupun aku bukan Melayu. Sebab ia bahasa kebangsaan. Bangsa aku Bidayuh, walau satu bangsa tetapi kami ada beberapa dialek berbeza dan kami tak faham satu sama lain jika kami menggunakan dialek daerah masing-masing. Akhirnya bahasa Melayu yang buat kami faham satu sama lain,” luah seorang wargamaya.


MR :  Ku sepatutnya jadi PM tapi takdir tidak memihak..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Terbaik Tengku, menteri2 lain (khusunya Melayu) ikut cara Tengku Razaliegh

    BalasPadam
  2. Siapa yg nak memertabatkan bahasa melayu ,kita melayu yg harus memertabatkannya.tahniah ayat sepontan Tengku.

    BalasPadam