Header Ads

ads header

Flash News

Mujahid Disaran Berundur, Didakwa Cenderung Bela Agama Lain Berbanding Islam


BANGI – Lebih baik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), Datuk Seri Mujahid Yusuf Rawa berundur dan menyerahkan jawatan berkenaan kepada individu yang lebih layak untuk melindungi agama Islam.

Ketua Perhubungan Negeri Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Melaka, Ustaz Ir Mohd Khoushaini Mohd Naim berkata, sejak Mujahid dilantik sebagai menteri agama kerajaan Pakatan Harapan (PH), pendirian beliau lebih cenderung menjaga agama kaum lain berbanding Islam.

Merujuk beberapa isu sebelum ini, beliau hairan apabila pemimpin berkenaan lebih gemar bercakap bagi pihak agama lain, termasuk cuba ‘membersihkan’ pertubuhan tertentu yang bersifat ekstrem dan antinasional.

“Mujahid bercakap bagi pihak siapa sebenarnya? Kenapa beliau sanggup merendahkan moral sendiri dengan ‘membersihkan’ Dong Jiao Zong yang mahu menghapuskan identiti teras negara?
“Nampak beliau tidak lagi bercakap mewakil majoriti Melayu, Islam di negara ini. Ingatlah, rakyat menilai segala tindakan anda, tunggulah keputusan PRU15 nanti,” katanya kepada Ismaweb.net, semalam.

aru-baru ini, Mujahid kembali mencetuskan kontroversi kerana mempertahankan Dong Zong yang didakwanya bukan pertubuhan rasis, selepas pertemuannya dengan kumpulan pendesak Cina itu Rabu lalu.

Kenyataan Mujahid ternyata dikritik pelbagai pihak, kerana jelas bertentangan dengan pendirian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini yang menyifatkan Dong Zong sebuah pertubuhan rasis.
Kenyataan kontroversi seumpama itu bukanlah pertama kali dibuat oleh menteri agama berkenaan, sebaliknya sebelum ini pernah beberapa kali mengeluarkan pendirian yang ‘janggal’ bagi umat Islam.

Ia termasuklah kenyataan yang membenarkan golongan transgender menggunakan tandas wanita, isu membabitkan etnik muslim Uyghur di Xinjiang, hujahnya yang menentang kempen Beli Produk Muslim (BMF) dan gesaan tindakan tegas ke atas pekeliling mengharamkan pesta ponggal dirai di sekolah.

Bimbang kedudukan Islam semakin ‘lemah’, Mohd Khoushaini menggesa Mujahid supaya berundur secara baik demi keharmonian dan kestabilan kaum di negara ini.

“Kenyataan beliau sangat menyakitkan hati rakyat, terutama orang Islam, selain boleh mencetuskan ketegangan antara kaum dan agama,” katanya.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Zara scarlett...dasar kaum pemakan babi,,,menyondol , berjudi je ko thu,,,
    Kahak puihhh

    BalasPadam
  2. Jika manteri agama sibuk membela hak agama kafir dan kaum kafir dan menafikan hak Islam dan umat Islam, maka sesungguhnya dia adalah pengkhianat yang sangat zalim, sesat dan menyesatkan.

    BalasPadam