Header Ads

ads header

Flash News

MITC Bakal Tarik Pelaburan RM500 Juta Syarikat Multinasional



KUALA LUMPUR 12 Feb. - Dewan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITC) bakal menarik pelaburan asing RM500 juta menerusi syarikat multinasional usahasama MITC untuk melabur di negara ini dalam industri seperti minyak, tekstil, perladangan dan makanan berikutan minat serta komitmen yang ditunjukkan mereka dengan rancangan pelaburan besar di negara ini.

Presidennya, Shah Said, berkata berdasarkan maklum balas yang diterima daripada syarikat yang telah membentuk Memorandum Persefahaman (MoU) dengan MITC menyifatkan Malaysia sebagai lokasi yang amat baik untuk perniagaan dan akan terus menjadi negara penting bagi mereka untuk melabur.

“Dengan jumlah pelaburan sebesar itu, ia dijangka mencipta sebanyak 2,600 pekerjaan baharu bagi penduduk dan mengukuhkan ekonomi di negara ini,” katanya dalam satu temu bual di sini, hari ini.

Hadir sama pada sesi berkenaan ialah Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dan Industri MITC, Datuk Syed Mohammad Faiz Azemmant.

"Menurut Shah Said, MITC adalah organisasi bebas dan tidak berasaskan keuntungan. Ia berperanan mewakili lebih 138 syarikat menerusi dokumen MoU berhubung penyediaan perkhidmatan pengurusan teknikal dan fasiliti perniagaan. Kebanyakannya terdiri daripada syarikat multinasional yang aktif beroperasi.

Dewan perniagaan itu juga berfungsi sebagai ‘Suara Komuniti Perdagangan Malaysia dan Antarabangsa' untuk membantu syarikat dengan memberi input hal berkaitan dasar dan polisi kerajaan bagi memudahkan langkah usahawan luar negara memperluas pasaran dengan potensi yang ditawarkan MITC di negara ini.

Shah Said juga berharap usaha yang digerakkan itu berupaya menggalakkan lebih banyak kerjasama sektor ekonomi serta meningkatkan perdagangan dalam kalangan usahawan dari dalam dan luar negara.

"Tumpuan terhadap beberapa bidang juga perlu diberi perhatian supaya ia dapat mendatangkan manfaat kepada usahawan, kerajaan serta seluruh masyarakat," katanya.

Jelasnya lagi, tidak banyak negara yang boleh menyediakan keistimewaan seperti yang ada di negara ini termasuklah cuaca yang baik (tidak dilanda bencana alam); penggunaan bahasa Inggeris yang meluas dan kos sara hidup yang jauh lebih rendah berbanding negara lain.

“Selain itu, Malaysia juga mempunyai pelbagai kemudahan seperti sekolah antarabangsa. Ini menjadikan kehidupan di negara ini bukan sahaja lebih mudah untuk golongan expatriat tetapi juga keluarga mereka,” katanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan