Header Ads

ads header

Flash News

Kenapa Ezam?


Setelah PAS memutuskan untuk membawa undi percaya terhadap Perdana Menteri didalam persidangan Parlimen Mac nanti, team pemikir Anwar sudah kelam kabut. Anwar sendiri dilihat berhati hati didalam isu ini. Namun sedikit pelik apabila watak Ezam kembali ke 'layar perak' yang sekian lama menyepi.

Kehadiran Ezam ketika suasana gentir bagi Anwar ini diperlukan kah atau Ezam sendiri yang memerlukan suasana ini untuk kembali berada dilayar perak. Saya merasakan filem Ezam kali ini tidak mampu mencapai tahap box office.

Ezam hadir ketika Razifi dan Saifuddin Nasution dilihat sudah letih berhadapan dengan Azmin Ali.

Anwar mengharapkan satu suntikan baru bagi menghadapi suasana yang tak keruan ini. Tetapi kenapa Ezam?

Sejarah politik Ezam juga boleh tahan, walaupun mungkin tidak sehebat Saifuddin Nasution atau Ibrahim Ali, namun beliau tetap ada sejarah tersendiri.

1.Umno
2.Pkr
3.Umno
4.PPBM
5.Sokong Anwar ( pkr).

Menggunakan Ezam untuk membela Anwar dalam suasana politik hari dilihat lebih kepada menambah parah yang telah sedia ada. Zaman Ezam telah berlalu, kotak yang beratus yang beliau jaja kesana sini sebelum ini telah membungkus diri beliau sendiri. Belambak video Ezam mengutuk, memperli, membongkar serta mendedah tingkah laku dan perangai Anwar di youtube. Anda hanya perlu taip Ezam dedah Anwar, nah berpuluh video akan menyerah kepada anda.

Apa yang Ezam tak kata, apa yang Ezam tak bergelar, apa yang Ezam tak dedah , macam macam ada. Jadi kalau Ezam wujud hari ini untuk membela Anwar sepatutnya Ezam terlebih dahulu menarik balik segala dedahbongkar beliau selama ini.

Semalam Ezam kembali dengan video terbarunya. Ezam dilihat seolah olah berkempen untuk pilihanraya Kecil dan calonnya Anwar bin Ibrahim. Saya berkata demikian kerana dalam video tersebut beliau meminta supaya sokongan diberi kepada Anwar dan menolak Tun.

Saya tidak pasti samada mungkin Ezam menjangkakan pilihanraya umum parlimen diadakan dalam masa terdekat.

Kemungkinan Parlimen akan dibubarkan juga termasuk didalam radar penganalisis politik. Kemungkinan itu dijangka sekiranya usul percaya terhadap PM di tolak atau tidak mendapat majoriti. PM boleh mengadap agong untuk mendapat perkenan membubarkan Parlimen.

Kembali kepada kisah Ezam, zaman kegemilangan beliau sudah berlalu, sama seperti Rafizi dan Saifuddin. Membiarkan Ezam terus menerus seperti semalam merupakan satu penyakit baru buat Anwar. Nah lihat berpuloh puloh video Ezam menyerang Anwar sudah berada di pasaran maya.

Kenapa Ezam kembali berada di persada politik tanahair hari ini? untuk apa? Adakah ini satu lagi siri gerakan mempecepatkan lagi usaha membunuh karier politik Anwar.

Kenapa Ezam.?
Kita tunggu suara Anwar.

FB
Roslan Abdullah






Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan