Header Ads

ads header

Flash News

BN, PAS Sokong Muhyiddin Jadi Perdana Menteri Ke-8


SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) dan PAS bersetuju mencalonkan Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Dalam dua kenyataan media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa; Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, seramai 60 ahli Parlimen dari kedua-dua parti memberi sokongan sepenuhnya kepada Muhyiddin.

BN yang terdiri dari UMNO mempunyai 39 ahli Parlimen, MCA (2), MIC (1), manakala PAS mempunyai 18 ahli Parlimen.

Sebelum itu, Bersatu telah memutuskan untuk mencalonkan Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri untuk diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.




Perkara tersebut diumumkan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya dalam satu kenyataan parti sebentar tadi.

Marzuki berkata, mesyuarat hari ini dihadiri 36 Ahli Dewan Rakyat Bersatu. – Sinar Harian


MR :
  Politik ini sperti
‘qalb’ kerana sifatnya yang cepat berubah. 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan