Header Ads

ads header

Flash News

Apabila orang agama yang bodoh politik membuat keputusan...


Hari ini ramai orang Islam marahkan Thomas apabila AG tamatkan prosiding jenayah terhadap 12 individu LTTE termasuk Mufti Perlis Dr Asri.

Suka saya membawa petikan lama apa pandangan Dr Asri terhadap Thomas sebagai pengajaran;

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan hukum Islam membenarkan untuk melantik orang bukan muslim sebagai ketua.

Mohd Asri berkata hukum Islam dalam melantik bukan muslim sebagai pemimpin dibolehkan kerana ia selari dengan firman Allah di dalam al-quran.


“Ada orang tanya saya baru, bolehkan kita melantik ketua jabatan dikalangan bukan Muslim (dan) bolehkah kita melantik guru besar di kalangan bukan muslim?

“Kalau kita kata boleh maka yang lain-lain pun kena bagi boleh dan yang seumpama dengannya mesti boleh kerana hukum (Islam) kena selari.

“Allah berfirman dalam Al-Quran, Allah tidak melarang kamu (melantik) orang-orang bukan Islam (sebagai pemimpin) selagi dia tidak memerang kamu dalam agama kamu dan mereka tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu,” katanya ketika menyampaikan ceramah Ibrah Ramadhan pada Isnin.

Mohd Asri turut menjelaskan kitab-kitab ulama terdahulu sudah tidak relevan dengan situasi politik di zaman sekarang dan perlu dilihat dalam konteks yang baru.

“Ada jawatan-jawatan yang dibenarkan untuk melantik bukan Muslim selagi dia tidak mengugat ajaran agama, itu syaratnya.

“Dan sistem moden hari ini tak sama dengan kitab-kitab fekah yang dahulu, ini yang sering saya sebut di banyak tempat.

“… dan orang Malaysia membuktikan kitab-kitab ulama dahulu mungkin dah tak relevan untuk realiti Malaysia… sebab itu hukum mesti di lihat dalam konteks yang baru,” katanya lagi.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V semalam dilaporkan telah memperkenankan pelantikan Thomas sebagai peguam negara, selepas menamatkan perkhidmatan Tan Sri Mohamed Apandi Ali. – SuaraTV
Hari ini, sejam yang lalu.. Dr Asri membuat kenyataan.



Dr. Asri ni sebenarnya tak boleh 'pegang buku' bercakap seolah-olah dia dan geng dia aje yang betul.. Kadang kala kalau kita pandai bercakap Allah uji kita dengan kata-kata kita supaya kita insaf.

Ku Mansor
Perak



MR :  Diani bila ajak bersama dengan gerakan Islam dan politik Islam dia menolak dia sokong PH.. Dia juga banyak memberi saham kenapa ramai orang agama sokong PH


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Dahulu Kita merasa sangat dukacita kerana sebilangan orang agama menyokong PH pimpinan DAP walaupun mereka tahu puak kafir harbi dan puak liberal menentang Islam dan menafikan hak umat Islam.

    Mereka seolah-olah tidak menghayati firman Allah seperti:

    An-Nisaa' : 144.

    "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi WALI (PEMIMPIN / PELINDUNG) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu) ?"

    Sekarang nasi sudah jadi bubur apabila PH berkuasa, menyesal air mata darah pun sudah tidak berguna lagi.

    Alhamdulillah sekarang mufti tersebut dan gengnya sudah muka berani mengkritik salah laku PH secara terbuka.

    Ingatlah wahai alim ulama dan umat Islam bahawa orang kafir dan puak munafik tidak pernah redha pada umat Islam dan agama Islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembetulan:

      Alhamdulillah sekarang mufti tersebut dan gengnya sudah mula berani mengkritik salah laku PH secara terbuka.

      Padam
  2. Ayat suci Al Quran An-Nissa':44 telah menidakkan pendapat mufti berkenaannya! Ianya kekal RELEVEN dulu kini dan selamanya tak kiralah zaman moden ke, ultra moden ke, zaman futuristik ke.

    Kalau aku jadi Sultan Perlis dah lama aku pecat mufti yang KURANG ALIM ini. Sangat menyesatkan! Kah..kah...kah...

    BalasPadam