Boleh dapat subsidi, kenapa bayar penuh tunai haji?
KUALA LUMPUR, 28 Jan — Pemuda Umno mempersoalkan rasional Lembaga Tabung Haji (TH) meletakkan persetujuan perayu membayar kos penuh RM22,900 untuk menunaikan haji tahun ini.
Ketuanya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata ramai pihak keliru kerana perayu dikehendaki menandakan ‘ya’ atau ‘tidak’ untuk membayar kos terbabit.
“Mana-mana orang yang rasional sudah tentu akan pilih hendak bayar RM9,980 berbanding RM22,900!” tegas Asyraf.
Perkongsian Asyraf itu juga dipersetujui sebilangan pengikut warga maya yang turut sama keliru dengan perkara tersebut.
Rata-rata beranggapan, urusan muassasah haji itu tanggungjawab hakiki TH selaku badan pengurusan haji yang diiktiraf Arab Saudi kepada seluruh umat Islam di Malaysia.
“Itulah tugas TH. Memudahkan dan terus membantu bakal jemaah. Kalau payah macam ni sejak PH (Pakatan Harapan) memerintah baik menabung kat rumah sajalah,” kata Shah Faizal Nadzir.
Kata salah seorang pengikut setia Asyraf pula, TH kini dilihat tidak ubah seperti agensi pelancongan seperti dilakukan oleh negara lain.
“Kalau perlu bayar penuh...buat apa ada istilah ‘tabung’ dalam TH,” kata Uda Salleh.
Bagi Johar Md Sanusi pula, beliau merasakan seperti wujud dwi-standard bagi jemaah yang sedang menunggu dengan pihak merayu kerana dilihat secara logik pihak yang memilih tanpa subsidi berkemungkinan besar mendapat kuota.
“Kalau dah ramai yang merayu macam mana pula orang yang dah mendaftar lama tak merayu tapi tak dipanggil juga?” soal Johar.
TH dalam satu kenyataan memaklumkan bantuan haji masih diteruskan pada tahun ini kepada bakal haji kali pertama tahun ini termasuk pemohon yang berjaya dalam rayuan dan hanya membayar RM9,980 seperti tahun-tahun sebelumnya.
Jelas kenyataan itu, TH sudah pun memberi pilihan kepada bakal jemaah untuk membayar penuh RM22,900 sekiranya mereka ingin berbuat demikian.
Keutamaan diberi kepada perayu yang membuat rayuan mahram, lanjut usia serta pembantu lanjut usia dan mereka yang terpilih pada tahun sebelum ini tetapi terpaksa menangguh pemergian haji.
TH juga akan memberi pertimbangan kepada mereka yang giliran menunggu haji pada tahun hadapan (2021).
Kerajaan telah mengumumkan kuota haji pada 2020 meningkat kepada 31,600 berbanding 30,200 jemaah tahun lalu.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan